in

Drama Keliru Lakonan Adzriefaiz dan Fizo Omar

Kisah Komedi Mencuit Hati Lakonan Adzriefaiz dan Fizo Omar di TV1

Kisah komedi mencuit hati yang menggandingkan pelakon Adzriefaiz dan Fizo Omar dalam sebuah drama menarik bertajuk Keliru bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot Nurani hujung minggu ini, 2 Julai 2011, jam 3.05 petang di TV1.

Lari daripada kebiasaannya di mana sebelum ini mereka melakonkan watak pemuda yang serius, menerusi drama ini, kedua-duanya mengajak peminat mereka bergelak ketawa dengan plot kisah penuh adegan lucu bila mana mereka berdepan situasi buntu bertemu jodoh dengan pasangan masing-masing.

Kisahnya bermula dengan babak di mana watak di bawakan mereka iaitu Jenal dan Madi terdesak dengan kehendak orang tua mereka yang mula mendesak tentang jodoh. Mereka buntu memikirkan cara untuk mengatasi masalah tersebut sedangkan mereka sebenarnya masing-masing belum mempunyai teman wanita.

Jenal dan Madi yang terdesak untuk mencari jodoh masing-masing pergi berkunjung ke agensi mencari jodoh. Nasib menyebelahi mereka kerana secara kebetulan ada calon yang sudah tersedia untuk mereka. Namun, kekeliruan timbul bila mereka tidak mengetahui siapa sebenarnya calon mereka itu sehingga keduanya bermasam muka walaupun tinggal di rumah yang sama.

Tidak senang hati dengan keadaan tersebut, Madi dan Jenal berbaik semula dan mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk menyerahkan urusan mencari jodoh pada ibu mereka. Mereka kecewa kerana beranggapan seorang gadis yang dijadikan calon isteri mereka sedang mempermainkan mereka pada masa yang serentak.

Akhirnya, Tuan Basir sempat menahan kedua bakal menantunya itu dan menerangkan situasi yang sebenar dan memperkenalkan jodoh masing-masing. Rupa-rupanya jodoh mereka sepasang gadis kembar anak kepada Tuan Basir.

Selain Adzriefaiz dan Fizo Omar, drama menarik ini Keliru pada 2 Julai 2011, jam 3.05 petang di TV1 ini turut dibintangi oleh Fadhil Dani, Tunku Tiara Yasmin dan Norizan Kassim.

babak menarik dalam Keliru

Fizo Omar dan Adzriefaiz bintang utama drama Keliru

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Celebrates Transformers Dark Of The Moon

Drama Terlebih Sudah Temukan Zamarul Hisham & Fouziah Ghous