in , , , , ,

Drama Kecuali Cintamu Lakonan Nanu Baharudin, Haleeda, Janet Khoo

Pada 21 April 2009 lalu, jam 2.30 petang di Mandarin Oriental Hotel, KL, para pelakon drama Kecuali Cintamu telah hadir untuk majlis pelancaran drama yang dilakonkan oleh ramai pelakon hebat ini.

Drama berepisod ini akan menjadi platform utama bagi calon-calon Anak Wayang bertaruh nasib yang mana drama berjudul Kecuali Cintamu itu akan bersiaran di Astro Prima.

pelakon kecuali cintamu

Nama-nama pelakon hebat seperti Nanu Baharudin, Haleeda, Mustapha Kamal, Janet Khoo dan Aman Shah dijangka akan membekaskan impak kepada para penonton melalui lakonan mereka.

Selain itu, wajah-wajah segar dunia lakonan seperti Siti Saleha, Riz Ainuddin dan Sabrina Hassan dijangka akan turut menyengat dengan lakonan mereka.

Drama bersiri Kecuali Cintamu juga akan menerima tempias lakonan hebat dari Liza Abdullah, Roslan Salleh, Tasha Aziz, Pushpa Narayan, Ezani Nizariff, Ainul Aishah dan Shah Hassan.

Kecuali Cintamu merupakan sebuah kisah kehidupan yang dekat di antara kebanyakan dari kita yang terpaksa mengharungi suka-duka bercinta dan asam garam kehidupan dalam alam rumah tangga serta dunia kerjaya.

Sabrina Hassan sebagai Suria Kamarul

Menurut Pengurus Saluran Astro PRIMA, Encik Nizam Sani berkata, “Kami yakin para penonton akan terpaku untuk mengetahui kesinambungan drama bersiri ini pada setiap hari apabila ditayangkan kelak kerana kekuatan jalan cerita yang mantap dan di samping barisan pelakonnya yang mantap. Kecuali Cintamu merupakan sebuah kisah kehidupan yang seolah-olah dekat di antara kebanyakan dari kita yang terpaksa mengharungi suka-duka bercinta dan asam garam kehidupan dalam alam rumah tangga serta dunia kerjaya.

“Drama ini akan menjadi lebih hebat dengan kemasukan watak-watak sampingan yang terdiri daripada calon-calon Anak Wayang yang memenangi undian SMS tertinggi pada setiap minggu bagi merebut lima watak tambahan yang telah ditetapkan iaitu jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha.”

Jangan lupa tonton

Riz Ainuddin sebagai Azran, seorang mekanik.

Ainul Aishah bersama pelakon baru, CT Zie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nine Vokalis Band Coco Tersingkir Dari OIAM

Peraduan Konsert Tour Search Di Awan Biru