in

DRAMA HELLO RAJU LAKONAN SASIKUMAR, A.R.BADUL, VIJAYA SHANTI

DRAMA HELLO RAJU PADA 26 -28 OKTOBER 2008, JAM 4.00 PETANG DI RTM2

Kisah penganggur yang bercita-cita tinggi mahu menjadi seorang hartawan mewarnai drama khas Deepavali, Hello Raju terbitan Makmur Megah Sdn Bhd yang disiarkan tiga episod mulai 26 hingga 28 Oktober 2008, jam 4.00 petang menerusi RTM2.

Hello Raju mengisahkan seorang penganggur bernama Raju yang suka memilih kerja. Raju mahu memegang jawatan yang tinggi sedangkan dia tidak mempunyai kelulusan. Raju tinggal bersama kakaknya, Kamala dan abang iparnya, Gana dan sering meminta wang daripada Gana. Selain itu, Raju juga sering memasang angan-angan untuk menjadi seorang hartawan.

Suatu hari, Raju merajuk dan keluar dari rumah setelah dimarahi Gana. Raju bertemu dengan seorang pemandu teksi tua sedang sakit di kedai. Pemandu teksi tersebut meminta Raju menghantarnya ke rumah.

Setelah melihat kebaikan Raju, pemandu teksi itu menyerahkan teksinya kepada Raju untuk dibawa. Pada hari pertama memandu teksi, Raju membawa sepasang suami-isteri. Dalam perjalanan menuju ke destinasi pasangan tersebut, si isteri sering memarahi suaminya yang suka berfoya-foya. Raju berasa bertanggungjawab untuk mendamaikan rumahtangga pasangan tersebut. Akhirnya, Raju berjaya menyelesaikan masalah pasangan tersebut dengan satu rancangan yang baik.

Teksi Raju telah ditahan oleh seorang pencuri kereta yang menyamar menjadi ahli perniagaan. Penjahat tersebut meminta Raju menghantarnya ke suatu tempat. Dalam perjalanan menuju ke tempat tersebut, penjahat merampas teksi Raju dan meminta wang daripada Raju sebagai tebusan. Raju berasa amat takut. Namun, kepantasannya berfikir membuatkan dia berjaya melarikan diri daripada penjahat tersebut. Raju mengatur satu rancangan untuk menangkap penjahat tersebut dan mendapatkan kembali teksinya.

Raju jatuh cinta kepada seorang gadis anak kepada seorang hartawan. Setelah mengenali gadis tersebut, Raju mengetahui bahawa kekayaan yang dimiliki oleh keluarga si gadis adalah daripada cara yang salah. Raju berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan kesilapan bapa si gadis seterusnya menyelamatkan orang-orang yang telah menjadi mangsa kepada bapa si gadis. Oleh yang demikian, Raju mengatur satu rancangan bagi menyedarkan bapa si gadis.

Berjayakah Raju merealisasikan hasratnya? Segalanya bakal terjawab sekiranya anda meluangkan masa menonton Hello Raju pada 26 hingga 28 Oktober 2008, jam 4.00 petang menerusi RTM2, Saluran Famili Anda.

Hello Raju dibintangi pelakon Sasikumar, A.R.Badul, Vijaya Shanti, Maheswaran, Ratna Gowri, Kalpana Dewi dan Rangan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

OM SHANTI OM LAKONAN SHAH RUKH KHAN, AMITABH BACHCHAN

One In A Million Musim Baru Kembali Lagi