in , ,

Drama HATI YANG TERSAKITI Versi Melayu The World Of The Married?

Kerana Kawan, Kebahagiaan Tergadai…

Mona dan Farah berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?

Terbaharu di slot Samarinda, Hati Yang Tersakiti, drama bersiri 15 episod terbitan oleh Art Ornament Sdn Bhd ini merupakan idea asal dan bukan adaptasi novel atau ‘remake’ mana-mana drama. Nukilan skrip oleh Azril Hamzah dan diarahkan oleh Feroz Kadersebagai pengarah ini menampilkan gandingan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air iaitu Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana dan Riz Amin.

Poster Hati Yang Tersakiti

Menurut pelakon Mimi Lana, cabaran yang paling sukar sepanjang dia menjalani pengambaran bagi drama ini ialah apabila memerlukan dia membawa watak antagonis namun dia tetap berasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pelakon hebat lain serta berpengalaman.

“Hati Yang Tersakiti mengisahkan tentang cinta yang tidak sempurna, asam garam kehidupan rumah tangga dan betapa pentingnya kesetiaan serta kejujuran di dalam sesebuah hubungan itu sendiri. Selebihnya boleh tengok dekat TV,”

Mimi Lana

Namun bagi Mimi, drama itu mungkin seakan-akan sama daripada segi look and feel serta jalan cerita bagi drama Korea yang pernah meniti dari bibir ke bibir iaitu The World Of The Married, tetapi untuk versi Melayu ini terdapat plot twist yang berbeza.

Dalam perkembangan lain, sebelum ini Mimi ada menerima beberapa kecaman netizen berbaur body shaming kerana ada yang menyifatkan Mimi mempunyai susuk badan yang sangat kurus.

“Saya lebih memandang pekara ini ke arah positif.

Saya lebih kenal badan dan diri saya. Jadi tak perlulah saya besarkan hal ini kecuali kalau mereka berlebihan saya terpaksa ambil tindakan.”

– Mimi Lana

Sinopsis Drama Bersiri HATI YANG TERSAKITI

Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis.

Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. 

Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja. Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita. 

Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian. 

Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah.

Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan Hati Yang Tersakiti menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam mulai 15 Oktober 2020 di TV3. 

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

HYT(4)
HYT(6)
HYT(5)
HYT(2)
HYT(3)
HYT(1)
Remy Ishak (1)
Nad Zainal (2)
Mimi Lana (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eira Aziera Hadapi Saman RM2Juta Kerana Hina Fizikal di FB Live

Apple Lancar iPhone 12 Pro & 12 Pro Max dengan Harga Bermula RM4899