in

Drama-Drama Terbaik Pilihan TVi Astro 180 Sempena Tahun Baru Cina Ini

Drama-Drama Terbaik Pilihan TVi (Astro 180) Hibur Penonton RTM Tahun Baru Cina Ini

[dropcap]D[/dropcap]rama atau telemovie sememangnya miliki tempat di hati penonton setianya yang tersendiri selain filem blockbuster dan hiburan apatahlagi ketika semua orang bergembira meraikan sesebuah perayaan besar. Lebih menarik lagi jika drama dipilih mengetengahkan plot khas berkongsi jalan cerita ‘menghidupkan’ suasana perayaan istimewa tersebut.

Memandang kepada sisi tersebut, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TVi (Astro 180) dalam meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini dengan tayangan iatimewa tiga drama terbaik dan sebuah program hiburan untuk semua. Ia termasuklah drama Biar Waktu Menjemputmu (9 Februari 2013), Wo Ai Ni Di Batu Feringghi (10 Februari 2013) dan Tanglung Bulan Semalam (11 Februari 2013) yang kesemuanya disiarkan jam 12.00 tengah hari. Selain itu berhibur juga dengan program hiburan muzikal ABU Song Festival yang disiarkan pada 10 Februari 2013, jam 2.00 petang.

Drama menarik lakonan Memey Suhaiza, “Biar Waktu Menjemputmu” sarat dengan babak-babak lara bila seorang anak keturunan Cina terpaksa diserahkan kepada keluarga Melayu semata-mata mengelak daripada diperdagangkan oleh seorang bapa yang bergelar kaki judi. Turut membariskan pelakon Soosan Hoh, Norisz Ismail dan Marlin Malalin ia mengisahkan tentang dua puluh tahun yang lalu seorang bayi perempuan yang berketurunan Cina telah diserahkan kepada satu keluarga Melayu disebuah perkampungan nelayan yang sememangnya mengharapkan cahaya mata.

Bayi yang sejak kecil telah didik dalam pendidikan agama Islam terus membesar sebagai Nur Nafisah. Kehadiran Nur Nafisah mengubah kehidupan Mokhtar dan Siantan yang kini telah menjadi pengekport ikan bilis ke serata Malaysia dan negara Asia yang lain. Nur Nafisah mewarisi keturunan Cina yang bijak berurus niaga. Kedua ibu bapa angkatnya tidak pernah menghalang Nur Nafisah untuk mencari ibu kandungnya. Nur Nafisah sebenarnya dalam diam telah mengetahui siapa dan dimana ibunya kandungnya berada. Namun segalanya dirahsikan semata-mata mahu menjaga hati keluarga angkatnya.

Kemudiannya saksikan plot kisah simbol sebuah percintaan dua bangsa dan budaya dalam drama bertajuk “Wo Ai Ni Di Batu Feringghi” yang mengetengahkan watak Cindy yang menghidap penyakit barah dan diramal hidup hanya 6 bulan lagi telah ke Pulau Pinang untuk bercuti dan menenangkan fikiran. Secara kebetulan di Batu Feringghi dia telah berkenalan dengan Ahmad Dhani yang akhirnya jatuh cinta padanya. Tanpa diduga, ibu Cindy juga mempunyai kenangan silam di Batu Feringghi. Ia dilakonkan oleh Zizan Nin, Zoee Tan, Jason Chong, Mandy Chong, Hafizzuddin Fazil dan Kay Maria.


Menggandingkan pelakon baru yang semakin meningkat, Adeline Tsen sebagai Jenny, Madam Chong (Madam Su) dan Irfan Roslan yang melakonkan watak teman lelaki Jenny, Razlan. “Tanglung Bunga Semalam” membawa kisah mengenai pergolakan hubungan antara ibu dengan dan kekasih anaknya yang berbangsa Melayu. Drama arahan Khir Rahman ini menyatakan plot kisah cinta antara gadis Cina dengan lelaki Melayu sudah banyak kali disentuh namun drama ini mempunyai tarikan untuk disampaikan kepada penonton sekaligus menyatukan masyarakat kita yang berbilang bangsa dan agama.

Kepada yang ingin berhibur pula, saksikan persembahan hebat artis dengan lagu popular masing-masing dalam “ABU Song Festival ” yang telah berlangsung di Seoul, Korea. Penyertaan artis negara kita melibatkan dua penyanyi, Sabhi Sadhi dan juga Hafiz Suip (AF) mempertaruhkan lagu popular mereka.

Luangkan masa menyaksikan pilihan program terbaik hanya di TVi (Astro 180).

Hafiz antara artis Malaysia yang membuat persembahan dalam ABU Song Festival di Korea

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celebrate the Chinese New Year with Canon Red Hot Deals

KRU Lancar Album Baru Berjudul KRUnomena