in ,

Trip Media di Lokasi Pengambaran Drama DIA di Jakarta

Hari Ahad nampaknya bukan hari untuk berehat dan bersantai. Tambah lagi bila Party Budiey dah nak dekat ni. Bertambah sibuklah. Oh ya, minggu depan ada dua event Premiere With Budiey iaitu filem LIFE dan POWER RANGERS.

Kalau minggu lepas, Budiey ke Bentong untuk bersama pelakon Saharul Ridzwan yang dilantik jadi duta Erya By Suria, minggu ini Budiey diterbangkan oleh TV3 untuk buat liputan sekitar pengambaran drama DIA yang menggabungkan pelakon Malaysia dan Indonesia. Kiranya ini kali kedua Budiey ke Jakarta untuk buat liputan di balik tabir drama. Dah lama jugak tak tengok sekitar belakang tabir pengambaran drama.

Drama DIA ialah drama telenovela yang dijangka akan ditayangkan di TV3 pada bulan November tahun ini. DIA dibintangi oleh Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Kevin Andrean, Zamarul Hisham, Sandrinna Michelle, Fazlina Ahmad Daud, Aleza Shadan, Farouk Hussein dan ramai lagi.

Awal pagi lagi Budiey bangun hari ini untuk bergegas ke Sri Pentas dan dari situ kami ke KLIA2 untuk terbang di Jakarta jam 9.20 pagi.

Untuk hari pertama, kami berpeluang untuk menemubual pelakon dari Malaysia, Izara Aishah yang memegang watak Emelda.

Kami juga berpeluang untuk menemubual pengarah drama ini iaitu Eoon Shuhaimi dan diterbitkan oleh OrangeTree Productions Sdn Bhd.

Pengambaran drama DIA telah bermula sejak 13 Januari 2017 dan masih lagi berjalan. Drama ini mengambil lokasi pengambaran yang menarik untuk babak-babak romantis ketika berbulan madu.

Antara pelakon yang sempat ditemubual ialah Izara, Tatania Sivek, Kevin Anderean, Adithya, Cahaya Kamila, Om Dicky, Juliana Moechtar dan Mas Otha.

Esok, kami akan ke Puncak untuk melihat pengambaran untuk babak bulan madu yang cukup romantis katanya yang melibatkan Izara Aishah dan Irwansyah.

Drama DIA mengisahkan seorang lelaki yang jujur dan rajin bernama Adit. Suatu hari, dia telah menerima wasiat arwah ayahnya yang tidak pernah jumpa sejak kecil. Adit bakal mewarisi empayar perniagaan ayahnya di Malaysia. Pelbagai rintangan dan dugaan harus dilalui untuk merealisasikan impian ayahnya. Adakah Adit akan berjaya?

Sama-sama kita nantikan.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mudah Nak Menang Pakej Percutian Hebat

Apabila Anna Tersingkir & Qalisya Diberi Peluang Kedua