in ,

Drama DELINA Arahan Kabir Bhatia & Rosh

Slot Lestary pada setiap Rabu malam di TV3 mempersembahkan sebuah drama fantasi terbitan Filmscape Sdn Bhd dan diarah oleh Kabir Bhatia dan Rosh. Drama Delina yang dibintangi oleh Ezatty Abdullah, Fadlan Hashim, Zara Zya, dan Aedy Ashraf ini adalah sebuah drama bergenre Fantasi.

Delina ialah pelajar perempuan yang paling comel dan cantik di sekolahnya tetapi dia juga seorang yang sangat angkuh. Satu hari, Delina telah disumpah oleh seorang nenek kebayan. Badannya mengecil dan hanya setinggi seperti Thumbelina.

Delina perlu menyempurnakan lima tugasan untuk melumpuhkan sumpahan dan kembali menjadi normal. Lima tugasan untuk kembali ke size asal telah dibertahu oleh Nenek Kebayan itu dalam bentuk pantun kunci adalah Delina hendaklah mencari Percintaan, Kemaafan, Kasih Sayang, Pengorbanan dan Kejujuran.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Program TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin:

“Slot Lestary kali ini akan menyiarkan sebuah drama yang ringan dan menghiburkan. Strategi kami adalah menyiarkan drama-drama sebagai ruang dan masa untuk ahli keluarga berkumpul dan berehat bersama di samping menonton drama yang sesuai untuk tontonan umum. Drama seperti Dahlia ini amat sesuai kerana ianya sebuah drama yang mengingatkan kita dengan cerita kanak-kanak ,‘Thumbelina’. Oleh itu, kami yakin bahawa drama ini pasti akan digemari penonton.”

Drama Delina ini pernah bersiaran di TV9 dalam slot Aurora, tahun lalu. Namun atas beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, pihak Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad menundakan dan mengulangi tayangannya ke TV3 pula, tahun ini. Drama bersiri 13 episod ini akan bermula bersiaran pada setiap hari Rabu, pada jam 9 malam bermula 14 Januari 2015 ini. Namun bermula 4 Febuari 2015, Delina akan bersiaran dua kali seminggu iaitu hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Mampukah Delina menjalani hukumannya sebagai seorang kerdil? Dapatkah Delina menyempurnakan kelima-lima tugasan Nenek Kebayan itu?

Mampukah dia mendapatkan badannya kembali? Segala persoalan itu akan terjawab dalam Slot Drama bersiri Lestary, Delina, menemui penonton, Rabu ini jam 9 malam di stesen nombor satu negara, TV3.

Drama DELINA Arahan Kabir Bhatia & Rosh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Keputusan Penuh Anugerah Golden Globe Ke-72

Spotify Kini Cecah 15 Juta Subscriber