in

Drama Dari Mata Ke Hati

TV3 terus menghiasai kaca televisyen dengan drama-drama bersiri terbaru menceriakan penonton setianya. 

Terbaru, Budiey dapat info, TV3 akan menyiarkan siri komedi berjudul ‘Dari Mata Ke Hati’ akan mula ke udara di TV3 mulai 7 November 2009, setiap hari Sabtu, jam 4.45 petang. Yang menariknya, sebuah lagi drama yang menggunakan BLOG sebagai subjek. Kalau sebelum ini kita tengok blog dalam Blogger Boy… tapi tak lama lagi, blog akan diperkatakan dalam drama terbaru TV3. 

Drama menarik ini membariskan pelakon remaja yang berupaya melakonkan watak komedi seperti Shaz Jazle, Intan Ladyana, Ashraf Muslim, Sari Yanti dan Sharnaz Ahmad. Budiey menerima banyak komen pembaca yang begitu menggemari pelakon Shaz Jazle. Budiey kira, ini satu berita yang baik untuk peminat Shaz yang semakin ramai.

shaz jazle

Shaz Jazle

Drama ini mengisahkan Farid, seorang pengarah muda yang berbakat, bekerja di sebuah syarikat produksi bernama Shine Pictures dan perlu mencari sebuah skrip hebat untuk projek filem seterusnya. Dia mengiklankan pencarian skrip di dalam laman blognya yang dinamakan ‘Dari Mata Ke Hati’.

Ketika itu, Farid secara tidak sengaja ternampak sepasang mata yang telah menawan hatinya. Farid yang terpesona dengan sepasang mata tersebut cuba mencari pemilik mata itu. Siapakah dia? 

Semuanya terjawab dalam drama Dari Mata Ke Hati.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Leonardo Dicaprio Tom Hanks Dalam Filem Catch Me If You Can Di TV2

Wana dan Ahli Fiqir Promosi Album di Perak, Penang dan Kedah