in ,

Drama Cinta Adam Dan Hawa Lakonan Sasha Saidin

[dropcap]K[/dropcap]ita mampu hidup dengan cara moden dan serba canggih, berteknologi tinggi yang selari dengan diri kita yang ingin menjadi seorang Islam yang patuh dan berpegang pada ajaran yang sebenarnya. Kehidupan selari dengan agama menjadikan kehidupan kita diberkati oleh Allah SWT. Apatahlagi dalam Islam itu sendiri meminta kita mencari keperluan kehidupan, kekayaan dan keteguhan iman kita sebagai seorang Islam yang sebenar.

pelakon-pelakon yang membintangi drama ini

[pullquote align=”right”]Drama Bersiri Islamik : Cinta Adam Dan Hawa Lakonan Sasha Elite Terbitan JS Pictures Temui Penonton TV1[/pullquote]

Membawakan plot drama islamik disampaikan secara santai kepada penonton dan istimewanya mampu mengubat kerinduan peminat yang ternanti-nantikan kemunculan semula pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang juga pernah menganggotai Kumpulan Elite, Sasha Saidin saksikan drama bersiri terbaru bertajuk “Cinta Adam Dan Hawa” menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

26 episod Cinta Adam Dan Hawa menemui penonton mengisi slot Bidadari mulai 30 April 2013, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.05 pagi menerusi saluran TV1 ini menyaksikan sisi berbeza Sasha Saidin muncul menghayati watak utama yang manis bertudung litup di samping pelakon Engku Ismail, Hamidah Wahab, Norman Hakim, Shahrolnizam, Wan Nor Azlin, Yus Waisar, Zarina Zainuddin, Acong dan Azza.

Drama islamik terbitan JS Pictures ini berkongsi kisah menarik watak Adam Hanzalah, pemuda yang memiliki penampilan yang moden dan ranggi tetapi berpengetahuan dalam agama telah muncul dalam sebuah keluarga yang hanya mementingkan urusan dunia. Kehadirannya dalam keluarga itu bertujuan untuk menyelesaikan konflik keluarga tersebut mengenai tanah pusaka yang mahu dikomersilkan sebagai pusat peranginan.

Kisahnya bermula dengan kemunculan Adam Hanzalah yang tanpa disengajakan bertemu dengan teman lamanya, Tengku Rayyan yang juga anak pemilik syarikat dikenali sebagai Tengku Taz. Sejak itu hubungan baik terjalin antara Adam Hanzalah dengan keluarga itu terutama dengan Taz.

Sejak awal Adam Hanzalah menyedari terhadap kepincangan dalam keluarga itu yang hanya mementingkan urusan dunia. Kehidupan mereka sentiasa bergolak apatahlagi isteri Taz, Wan Hasimah gemar mengongkong urusan keluarga dan perniagaan suaminya manakala dua anaknya Tengku Rayyan dan Tengku Zeera hanya mahu menghabiskan harta keluarga. Cuma anak bongsunya tempat Taz bermanja namun Tengku Ammar telah dihantar ke kampung tinggal bersama nindanya, Tengku Rugayyah kerana ibunya sendiri enggan mengaku Ammar sebagai anak kerana kecacatannya.

Masa berlalu Adam Hanzalah telah dicabar oleh Taz dan Tengku Rayyan menyahut cabaran membantu mereka sama-sama mengusahakan projek resort 5 bintang. Sebenarnya dua beranak itu mahu ‘menggunakan’ Adam Hanzalah untuk meyakinkan Tengku Rugayyah mahu meneruskan projek terbengkalai yang pernah diusahakan Rugayyah bersama arwah suaminya. Dengan ciri-ciri pemuda berkarisma dan miliki ilmu agama yang dilihat menebal dalam dirinya, Adam Hanzalah adalah individu sesuai meyakinkan wanita separa usia itu.

Hakikatnya Tengku Rugayyah bimbang sekiranya projek itu di teruskan, pulau tersebut akan tercemar kerana kehadiran pelancong asing dan penduduk sedikit sebanyak akan mendapat kejutan budaya, ciri-ciri agama yang diamalkan akan berkurangan dan pelancong luar pasti akan mengotorkan pandangan mata dengan penampilan yang menjolok mata.

Kehadiran Adam Hanzalah akhirnya berjaya meyakinkan semua orang untuk menjayakan projek itu dengan cara yang tidak mengetepikan landasan agama dan budaya. Namun pada masa sama, Adam Hanzalah perlu berdepan dengan sikap buruk Wan Hasimah yang sentiasa hadir dengan idea-idea jahat menggagalkan niat baiknya ‘memperbetulkan’ keluarga Tengku Taz kembali ke jalan yang benar.

Begitu juga Adam Hanzalah tersepit dengan perasaan cinta terhadap Tengku Zeera yang ikhlas berubah sikap dan penampilannya kerana agama dan juga Sumayyah, seorang mualaf yang merupakan bekas isterinya yang muncul kembali tanpa diduga.

Mujur ketika berdepan dengan segala dugaan tersebut, dia dibantu Siti Humairah, anak angkat Tengku Rugayyah yang juga teman ketika sama-sama melanjutkan pengajian dalam bidang agama satu ketika dahulu. Mereka nyata miliki nasib yang sama apabila Siti Humairah juga berdepan cabaran sama ada menerima kembali cinta Tengku Taz atau pun menyambut kasih dihulurkan oleh Ustaz Huzaifah.

Untuk menyaksikan apakah kesudahan jalan cerita menarik ini, saksikan Cinta Adam dan Hawa hanya di TV1.

Azza dan Norman Hakim

drama Cinta Adam dan hawa

barisan pelakon utama Cinta Adam dan Hawa

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dapatkan Informasi Terkini Pilihanraya Umum PRU13

Telemovie Alamak Bakar Lakonan Julie Woon