in ,

Drama Bini Aku Hantu Langsuir Pecah Rekod

Bini Aku Hantu Langsuir yang ditayangkan di TV9 pada 18 November lalu telah berjaya memecah rekod, sekaligus mencatat sejarah bagi slot Skrin Di 9 apabila berjaya meraih 1.6 juta penonton.

Lebih menerujakan capaian tertinggi diperolehi hingga 2.2 juta penonton sepanjang 2 jam ditayangkan. Kejayaan ini adalah atas sokongan penonton setia kami khususnya penonton setia slot Skrin Di 9 yang ditayangkan setiap Isnin, jam 8.30 malam.

Mengimbas kembali mengenai tele-filem ini, Bini Aku Hantu Langsuir yang merupakan tele-filem komedi seram ini dilakonkan oleh Tasha Shila, Shuib ‘Sepahtu’, Nur Risteena dan Hairi Safwan. Kisah bermula apabila Shuib menjadi murung dan kecewa apabila kekasih hatinya Saleha berkahwin dengan lelaki lain.

Pada masa Shuib dilanda kesedihan, timbul pula kekecohan tentang hantu langsuir di kampungnya. Shuib terpedaya dengan kata-kata orang kampung yang mengatakan jika hendak menukar hantu langsuir kepada manusia, perlu memahat paku panjang di tengkuk hantu langsuir itu! Suatu malam, Shuib tekad mencuba dan berjaya memaku tengkuk hantu itu. Keesokan harinya Shuib didatangi oleh seorang wanita cantik bernama Seri yang mahu meminta pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Tanpa pengetahuan Shuib, Seri yang dikahwininya dan juga pembantu rumahnya adalah hantu langsuir yang telah dipakunya tempoh hari. Tapi rupa-rupanya itu semua hanyalah mainan mimpi Shuib!

Bini Aku Hantu Langsuir (2)

Bini Aku Hantu Langsuir (3)

Bini Aku Hantu Langsuir (4)

Bini Aku Hantu Langsuir (1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Gala Filem Hantu Tok Mudim

Nabil Tukar Nombor Plat Kereta Takut Penjenayah