in ,

Drama Biarkan Aku Berdiri Lakonan Remy Ishak, Sheera, Shahiezy

CITRA: BIARKAN AKU BERDIRI, KISAH KEGIGIHAN REMAJA OKU PADA 18 JULAI 2008 DI RTM2

Meniti kehidupan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) sememangnya tidak mudah bagai dilihat. Apatahlagi situasi itu berlaku ketika usia menginjak remaja. Namun kecekalan gadis OKU yang berhati waja untuk meneruskan kehidupan seperti insan normal lain dapat dikongsi penonton menerusi Biarkan Aku Berdiri (18 Julai 2008), Jumaat, jam 10.00 malam di RTM2.

Ternyata Biarkan Aku Berdiri yang diterajui pelakon remaja berbakat yang sedang mencipta nama seperti Sheera Iskandar, Shahiezy Sam (Pa’e), Remy Ishak dan Memey Suhaimi ini pastinya mampu menarik tumpuan remaja seusia mereka menonton drama terbitan Times United Industri Berhad ini.

Biarkan Aku Berdiri mengisahkan pergolakan hidup dihadapi remaja bernama Dahlia yang begitu meminati bidang fotografi dan subjek yang paling menarik tumpuannya ialah alam sekitar. Minat yang mendalam itu dikongsi sama dengan dua rakan baiknya, Mona dan Jeffri.

Namun satu hari ketika menyertai aktiviti perkhemahan di dalam hutan yang dianjurkan oleh Persatuan Alam Sekitar kolej mereka, Dahlia, Mona dan Jeffri telah tersesat. Situasi itu terjadi apabila Jeffri tersalah membaca koordinat pada peta mereka. Akibatnya mereka tersasar jauh daripada tempat yang sepatutnya.

Dengan statusnya sebagai anak bekas renjer, ketika itu Dahlia mengambil alih tugas Jeffri untuk mencari jalan keluar. Hinggalah mereka menemui jalan menuju ke arah tebing sungai. Namun di tengah-tengah perjalanan, Mona mengadu keletihan. Dahlia dan Jeffri cuba mententeramkannya supaya meneruskan perjalanan.

Sementara itu gerakan mencari Dahlia dan dua orang rakannya itu tiba di sungai berhampiran mereka. Aduan Dahlia dan Mona yang kepenatan membuatkan Jeffri mengambil keputusan untuk membawakan beg keduanya tanpa menyedari tindakannya bakal mengundang padah.

Ketika melalui satu tebing, Dahlia terjatuh dan tulang belakangnya terlanggar pokok. Kemalangan itu menyebabkan Dahlia lumpuh. Hubungan mereka juga terputus setelah kejadian malang itu.

Setelah tiga tahun berlalu, Dahlia masih meneruskan minatnya dalam bidang fotografi. Dia tetap menjalani kehidupan yang baik di samping ayah, kakak dan anak saudaranya, Amir. Dalam diam dia menyimpan hasrat mahu mengadakan pameran. Subjek utama yang ingin di ketengahkan ialah mengenai OKU kerana Dahlia berkongsi perasaan yang sama dengan mereka terutama bagi yang berkerusi roda.

Kebetulan satu hari ketika keluar membeli-belah dengan June dan Amir, Dahlia terpandang Daniel yang sedang duduk di kerusi roda di sebuah kedai. Dahlia kagum dengan semangat Daniel yang disangkanya berkerusi roda juga.

Hakikatnya Daniel sedang mencuba kerusi roda itu untuk dihadiahkan kepada neneknya, Kalsom yang baru menjalani pembedahan lutut. Kebenaran itu hanya terbongkar apabila Daniel dan neneknya berkunjung ke nurseri bunga milik Hasyim, ayah Dahlia.

Pertemuan kedua pula agak mengejutkan apabila Daniel terlanggar Dahlia ketika di nursery. Dahlia yang beranggapan dirinya tertipu kerana Daniel sebenarnya tidak lumpuh memarahi pemuda itu sepuas hatinya. Malah menolak keras tawaran Daniel membayar ganti rugi pasu yang pecah.

Begitu pun Daniel tidak putus asa. Dia sekali lagi mengunjungi nurseri itu dan menemui Dahlia untuk menerangkan perkara sebenar. Dahlia akhirnya lembut hati setelah mendengar penerangan Daniel. Mereka meneruskan hubungan sebagai teman rapat setelah mereka berkongsi cara penjagaan bunga. Begitu juga dengan peristiwa Daniel menyelamatkan Amir yang dipatuk ular.

Tanpa diduga, Dahlia diundang oleh Ahli Persatuan Alam Sekitar kolej. Perasaan Dahlia berbelah bahagi kerana perkara itu mengundang rasa sedih hatinya mengenangkan peritiwa pahit yang menyebabkannya lumpuh.

Jeffri dan Mona juga serba salah menerima pelawaan itu. Jeffri dibelenggu rasa bersalah kerana beranggapan dirinya penyebab Dahlia lumpuh. Tetapi sebenarnya dia masih berkecil hati dengan tindakan Dahlia yang menghalaunya ketika dia mahu menjenguk gadis itu tiga tahun lalu.

Namun jodoh pertemuan yang kuat menyatukan mereka bertiga dalam majlis itu. Jeffri terkejut kerana sepupunya, Daniel hadir menemani Dahlia. Sejak itu hubungan Jeffri dan Dahlia kembali rapat. Mona cemburu dengan situasi itu kerana rasa sayangnya yang mendalam pada Jeffri.

Hubungan intim Dahlia dan Daniel sampai ke pengetahuan Kalsom. Meski pun pada mulanya wanita separuh abad itu menyenangi kehadiran Dahlia. Tetapi apabila mengetahui Dahlia pernah putus cinta dengan Jeffri, dia mula membantah. Bimbang cucunya yang lagi seorang itu pula dikecewakan Dahlia.

Mampukah cinta Dahlia dengan Daniel bersatu? Berjayakah Jeffri dalam misinya memutuskan hubungan kedua pasangan itu? Atau Daniel pulang semula  ke pangkuan keluarganya di Paris?

Jangan lupa janji temu anda menonton Biarkan Aku Berdiri (18 Julai 2008), Jumaat, jam 10.00 malam menerusi RTM2 yang pastinya menjanjikan babak-babak menarik percintaan dan situasi mendebarkan sekumpulan remaja melepaskan diri daripada tersesat di hutan ini.

[tags]Remy Ishak, Sheera, Shahiezy, daniel, adam haikal aiman, american express, ayu one in a million, bayi anak faizal bin ismail meninggak dunia, bra, cheap debt, credit cards, delima, fafau potong rambut, faizal ismail, fazli zainal, dahlia[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama SELEMBUT SUTERA KILAUAN MUTIARA Lakonan Emelda Rosmila

Lagu Ciptaan Loloq Hero Wayang Single Pertama Siti Sairah