in

Drama Bersiri Qaseh Marisa

Misha Omar Jadi Pembantu Rumah Dalam Drama Bersiri Qaseh Marisa mulai 8 November Ini di TV1

Pakej dimiliki artis Misha Omar sememangnya lengkap. Dirinya berjaya dalam bidang nyanyian dan pengacaraan yang menyaksikannya mengacarakan program Sehati Sejiwa musim ke-2 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2010 yang lalu. Bukan itu sahaja malah dia juga berjaya meletakkan diri dalam bidang lakonan yang menyaksikannya membintangi filem dan telemovie yang menerima sambutan baik daripada peminat setianya.

Namun setelah agak lama menyepi dalam bidang lakonan, Misha kembali mengubat kerinduan peminat dengan kemunculannya membawakan watak utama dalam sebuah drama rantaian terbaharu disiarkan RTM bertajuk Qaseh Marisa mulai 8 November 2011, setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV1.

Menerusi drama bersiri mengisi slot Cindai ini, Misha membawa kelainan dalam wataknya berbanding lakonannya yang sebelum ini apabila dia diberikan peluang mendalami watak seorang pembantu rumah yang tinggal bersama sebuah keluarga kaya.

Sepanjang 13 episod siarannya, babak-babak menarik drama ini berkembang sekitar kisah berlaku dalam hidup gadis bernama Marisa. Kehidupan Marisa yang penuh liku sebelum ini berubah selepas dia bekerja dengan Datin Aida sebagai pembantu rumah.

Melihat tingkahlaku Marisa yang sopan, pandai melakukan kerja rumah menyebabkan Datin Aida tertarik untuk menjadikan Marisa sebagai madunya. Apatahlagi Marisa pandai mengambil hati serta rajin dalam melakukan tugasnya sehariannya.

Begitu pun malang mula menimpa dalam hidup Marisa apabila kehadirannya tidak disenangi oleh anak kepada majikannya yang sentiasa mencari kesalahannya semata-mata mahu Marisa dimarahi ayah dan ibunya. Hatinya puas apabila berjaya membuat Marisa terluka dan sakit hati.

Kemuncak konflik berlaku apabila dek termakan hasutan anaknya, Datin Aida mula curiga dan membenci Marisa yang sebelum ini diagung-agungkan peribadinya. Situasi menjadi tegang apabila tidak ada lagi suasana harmoni dalam rumah itu.

Menggunakan lagu bertajuk Detik Antara Waktu nyanyian Misha Omar sebagai lagu temanya, drama ini turut dibintangi pelakon Aida Khalida, Shaharuddin Thamby, Kat dan Erry Putra.

Misha Omar pegang watak utama dalam Qaseh Marissa

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Finale Jumbo Queen 2011 Part 1

Lirik Percaya Pada Luka Nashrin