in ,

Drama Bersiri PELINDUNG SEORANG PUTERI Lakonan Lisa Surihani & Farid Kamil

Lisa Surihani dan Farid Kamil kembali ‘bersatu’ selepas 10 tahun dalam drama romantik thriller ‘Pelindung Seorang Puteri’ istimewa Julai ini

Drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ merupakan sebuah lagi naskah adaptasi novel yang mengangkat genre romantik thriller terbitan pihak Astro Ria dengan kerjasama syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. arahan selebriti versatil, Yusry Abdul Halim dan Sofia J Rhyland selaku penulis skrip.

‘Pelindung Seorang Puteri’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjang 16 buah episod dan bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Drama Bersiri PELINDUNG SEORANG PUTERI Lakonan Lisa Surihani & Farid Kamil

Naskah Adaptasi Terbaharu Menerusi Slot Megadrama Di Astro Ria

Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125).

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Drama Bersiri PELINDUNG SEORANG PUTERI Lakonan Lisa Surihani & Farid Kamil

“Setelah lebih empat bulan ‘berehat’, karya adaptasi novel ‘Pelindung Seorang Puteri’ dipilih untuk menghiasi slot Megadrama di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Tampil berbeza berbanding kisah cinta tipikal yang sering disajikan menerusi slot yang sama sebelum ini, ‘Pelindung Seorang Puteri’ bakal menyuntik elemen romantik dan kejutan thriller dalam naratif penceritaan sebagai kelainan kepada para penonton yang pastinya tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu daripada kami.

Kesemua barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini sama ada watak besar atau kecil juga telah memainkan peranan yang cukup bermakna dengan lakonan mantap yang mampu mengagumi khalayak penonton melalui pembawaan watak yang cukup berkesan. Drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ juga menjanjikan paparan yang menarik dengan olahan plot penceritaan penuh konflik yang mendebarkan.

Tambah menarik lagi, single duet terbaharu penyanyi terkenal Hael Husaini dan Cakra Khan yang berpadu suara buat julung kalinya menerusi lagu ‘Terlanjur Cinta’ turut diangkat menjadi lagu tema untuk drama bersiri ini.

Kami berharap gabungan kesemua elemen-elemen ini mampu meletakkan ‘Pelindung Seorang Puteri’ sebagai sebuah drama yang paling ditunggu sekaligus mencetuskan fenomena yang tersendiri dikalangan peminat drama Melayu.”

Emarina Kamal, Pengurus Saluran Astro Ria
Drama Bersiri PELINDUNG SEORANG PUTERI Lakonan Lisa Surihani & Farid Kamil

Trivia Drama ‘PELINDUNG SEORANG PUTERI’

  • Sutradara Yusry Abdul Halim sekali lagi bekerjasama dengan isterinya, pelakon Lisa Surihani menerusi drama ini selepas telefilem ‘6 Hari’ yang ditayangkan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Citra baru-baru ini.
  • Drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ juga turut mempertaruhkan tiga pelakon handalan selaku tonggak utama iaitu Lisa Surihani, Farid Kamil dan Sharnaaz Ahmad.
  • Selepas 10 tahun, Lisa Surihani kembali bergandingan dengan Farid Kamil selaku teraju utama untuk drama ‘Pelindung Seorang Puteri’. Kali terakhir mereka ‘disatukan’ adalah menerusi filem Lagenda Budak Setan pada tahun 2010. Sebelum itu, mereka juga pernah bekerjasama menjayakan filem Semerah Cinta Stiletto, I’m Not Single serta banyak lagi.
  • Lokasi utama penggambaran drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ telah dijalankan di sekitar Kuang, Rawang, Shah Alam dan Bangi serta mengambil masa lebih kurang 36 hari (sebelum perlaksanaan PKP) dan 14 hari (selepas perlaksanaan PKPP) untuk diselesaikan.
  • Cabaran terbesar sepanjang penghasilan drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ ialah penggambaran yang tertangguh ketika tempoh kritikal sewaktu arahan PKP dikeluarkan. Namun, penggambaran drama ini akhirnya dapat disiapkan mengikut garis masa yang diberikan selepas mendapat kelonggaran daripada pihak berkuasa sewaktu tempoh PKPP dilaksanakan walaupun terikat dengan SOP yang ketat.
  • Terdapat beberapa bahagian dalam skrip utama dan jalan cerita asal yang terpaksa diolah semula agar lebih praktikal dan bersesuaian bagi mematuhi syarat SOP yang dikenakan untuk menyiapkan drama ini. Antaranya termasuklah ‘scene’ kenduri yang melibatkan perhimpunan orang ramai.
  • Selain itu, produksi juga terpaksa berdepan dengan cabaran untuk mendapat kebenaran meneruskan penggambaran di lokasi terpilih berikutan syarat SOP yang ketat.
  • Lagu duet berentak balada ‘Terlanjur Cinta’ nyanyian penyanyi terkenal Hael Husaini dan Cakra Khanciptaan  David Sam dan Irwan Sutanto diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.
Drama Bersiri PELINDUNG SEORANG PUTERI Lakonan Lisa Surihani & Farid Kamil

BARISAN PELAKON ‘PELINDUNG SEORANG PUTERI

Lisa surihani sebagai ROSE

Farid kamil sebagai SAIFUL

Sharnaaz Ahmad sebagai HAZRIL

Zain Hamid (Ruffedge) sebagai FIRDAUS (FIDO)

Nadia Shahab sebagai NURUL

Haleeda Mazlin sebagai MAK DAK LIZA (MAK SAIFUL)

Arash Mohd sebagai MUSTAPHA (SUAMI MAK DAK)

Jasmine Suraya sebagai BAINUN

Wan Nor Azlin sebagai HAYATI (MAK ROSE)

Hafizuddin sebagai KAMARUDDIN (AYAH ROSE)

PU Rizz sebagai ALIF (ABANG ROSE)

Norreen Iman sebagai MUNA

Drama Bersiri PELINDUNG SEORANG PUTERI Lakonan Lisa Surihani & Farid Kamil

SINOPSIS DRAMA ‘PELINDUNG SEORANG PUTERI’

Drama ‘Pelindung Seorang Puteri’ mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut. Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh. Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Siar Kembali Drama HERO 2 Cabaran Kerjaya Bomba

Tentang Drama Lestary: PINK SMILE Lakonan Fattah Amin & Sweet Qismina