in , ,

Yang Menarik Tentang Drama Bersiri MARYAM ELIANA

Seorang wanita dituduh sebagai penyebab kematian suami yang sebenarnya dilakukan oleh madunya sendiri. Sejak peristiwa tersebut, dirinya dihalau oleh keluarga arwah suaminya yang termakan dengan hasutan serta fitnah yang dilemparkan oleh madunya.

Namun dia kembali bangkit dengan semangat yang gigih untuk mencapai impiannya dan menghadapi segala cabaran dengan tabah. Kisah wanita yang mencabar diri bangkit daripada kesusahan masa lampau ini menyaksikan watak utamanya dibawakan pelakon berpengalaman Nadiya Nisaa dengan dibantu oleh Lia Natalia, Anis Al-Idrus, Lan Siro, Fathil Dhani dan Nur Intan Suria menerusi drama bersiri MARYAM ELIANA mulai 24 Januari ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 8.30 malam di TV2.

dua watak utama Maryam Eliana

Nadiya Nisaa Selami Watak Wanita Cekal Dalam Drama Bersiri MARYAM ELIANA di TV2 

Drama kekeluargaan arahan Azhar Khalid (Apache) ini tentang watak Maryam yang tanpa rela terpaksa menerima hakikat dimadukan oleh suaminya Iskandar atas permintaan bapa mentuanya Haji Ismail. Ibu mentuanya, Hajah Siah tidak bersetuju namun terpaksa menerima permintaan suaminya atas alasan 10 tahun berkahwin namun mereka belum memiliki cucu.

Kehadiran Sofia sebagai madunya yang memiliki seorang anak bernama Sara diterima walau pahit oleh Maryam. Meskipun kedudukannnya sebagai isteri kedua namun Sofia sentiasa cemburukan Maryam apatahlagi bila Maryam disahkan mengandung. Iskandar gembira menerima berita itu namun Haji Ismail pula termakan hasutan Sofia mengatakan Iskandar mengabaikannya.

Satu hari Iskandar keracunan makanan dan disahkan meninggal dunia. Maryam difitnah oleh Sofia menyebabkan kematian suami mereka. Proses bedah siasat tidak dilakukan kerana desakkan Sofia yang kononnya tidak mahu mayat Iskandar terseksa sedangkan dia tidak mahu kesalahannya meracuni Iskandar terbongkar. Kemuncaknya Haji Ismail menghalau Maryam keluar dari rumah.

Dua puluh tahun berlalu. Maryam kini merupakan pengusaha akuakultur berjaya dan menjadi tenaga pengajar kursus akuakultur. Adam yang sudah dewasa kini membantu mempromosikan perniagaan ibunya menerusi lama blog sambil meneruskan pengajiannya di universiti.

Sementara itu Sofia yang menerajui syarikat beras Maju Trading kepunyaan Haji Ismail mengambil kesempatan menyeleweng wang syarikat. Haji Ismail merancang membuka cabang perniagaan lain iaitu bidang akuakultur dan menghantar Lini mengikuti kursus akuakultur. 

Syafiq, anak Sofia terus-terusan mengganggu Arissa teman sekuliahnya namun tidak pedulikan gadis itu. Sebaliknya Arissa melayan Adam dan mula sukakannya. Syafiq meminta bantuan kakaknya Sara untuk memikat Adam demi membuatkan Arissa lupakan Adam. 

Nadia Nisaa dalam Maryam Eliana

Lini memberitahu Hajah Siah dia telah menemui Maryam dan membuatkan wanita itu teruja mahu menemui Maryam juga Adam demi menebus silap mereka. Adam terkejut diberitahu nenek dan datuknya masih ada. Adam membantu rakan seperniagaan ibunya iaitu Pak Cik Razif untuk memikat hati Maryam.  

Maryam mendapat pengiktirafan anugerah Ikon Usahanita 2017 manakala Sofia dipecat oleh Haji Ismail yang cuba melakukan siasatan kepadanya kerana menyeleweng harta syarikat. Sara pula membantu ibunya, Sofia melupuskan bahan bukti yang terdapat dalam fail komputer di pejabat setelah diberitahu oleh Sofia bahawa Lini memfitnah mereka.

Adam kemudiannya bertunang dengan Arissa. Haji Ismail dan Hajah Siah kembali bersatu dengan Maryam dan Arissa. Ini menambah tekanan Sofia dan Sara yang merasakan kehidupan mereka mula tergugat dengan kehadiran Adam dan ibunya. Haji Ismail merancang mewariskan perniagaannya kepada Adam dan Syafiq.

Namun ditengah kemelut itu terbongkar cerita Syafiq adalah anak angkat Sofia bukan anaknya dengan arwah Iskandar. Sofia mereka cerita semata-mata mahu mereka juga mewarisi harta kekayaan Haji Ismail.

Sofia berkomplot menculik Arissa dan meminta wang tebusan setengah juta. Syafiq cuba menyelamatkan Arissa dengan caranya sendiri namun gagal. Arissa telah diselamatkan oleh tunangnya Adam. Namun Arissa tiba-tiba bertindak memutuskan pertunangan. 

Syarikat Haji Ismail berdepan masalah besar memaksa Maryam melabur dan memegang saham sebanyak 40 peratus untuk menyelamatkan syarikat. Sofia terkejut dengan berita itu dan meletak jawatan dalam syarikat. Dia kemudiannya meminta Sara berpura-pura baik dengan Maryam dan membantunya menguruskan syarikat.

Status Syafiq bukan anak kandung Sofia mengejutkan semua. Pembongkaran rahsia itu membuatkan Sofia sendiri mengalami tekanan jiwa dan dihantar ke hospital mental. Sara pula ditangkap kerana menolak Adam ke dalam kolam untuk membunuhnya. 

Apakah pengakhiran cerita ini? Dapatkah Maryam kembali membersihkan namanya atas fitnah yang direka oleh Sofia? Masih adakah keadilan untuk dirinya? Bagaimana pula kesudahan hubungan Adam dengan Arissa? Ikuti kesudahan 13 episodini di TV2.

babak 13 episod Maryam Eliana


Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Dato Sri Siti Nurhaliza Kembali Jadi Duta vivo?

“Tenang Hatiku”- Fad Bocey Gembira Isteri Dah Berhijab