in ,

Drama Bersiri I Miss You di TV9

BERMULA DENGAN ‘I MISS YOU’

Kejayaan slot Saranghae yang diperkenalkan dalam bulan Ogos lalu yang menayangkan filem-filem terbaik Korea, telah mencetuskan idea kepada pihak TV9 untuk menghasilkan pula slot istimewa bagi drama bersiri terbaik Korea.

Chamsarang, itulah nama slot yang dipilih untuk mewarnai malam anda pada setiap Isnin dan Selasa, jam 9.30 malam bermula 28 Januari ini. Kemunculan slot terbaru ini sedikitpun tidak menggugat slot drama tanahair kita, seperti Skrin Di 9, Ratu dan Aurora.

Chamsarang yang membawa maksud ‘cinta sejati’ (true love) akan menayangkan drama bersiri terbaik dan terkini daripada Korea. Sebagai pembuka tirai, ‘I Miss You’ telah dipilih untuk melengkapkan drama bersiri yang mengandungi 30 episod ini. TV9 merupakan satu-satunya stesen tempatan yang bakal menayangkan drama bersiri terbaru yang telahpun tamat siarannya minggu lalu di Korea. Drama ini pastinya menjadi hit kerana telah berjaya meraih enam anugerah dalam 2012 MBC Drama Awards menerusi pelakon-pelakon yang membintangi drama ini.

  1. Golden Actor Acting Awards – Jun Kwang Ryul
  2. Halyyu Star Of The Year – Yoon Eun Hye
  3. Excellent Actor Award (mini-series) – Par Yoo Chun
  4. Popularity Actress Awards – Yoon Eun Hye
  5. Best Child Actor Acting Awards – Yeo Jin Goo
  6. Best Chil Actress Acting Awards – Kim So Hyun

Anugerah yang diterima oleh para pelakon ini telah membuktikan drama bersiri pilihan TV9 adalah berkualiti, terbaik dan terkini! Apatah lagi barisan pelakon handalan seperti Park Yoo-chun, Yoon Eun-hye, Yoo Seung-ho dan Jang Mi-in Ae, pastinya membuatkan anda terpaku di depan tv!

‘I Miss You’, yang dipenuhi dengan konflik dendam, cinta dan kasih sayang ini menceritakan tentang kehidupan Lee Soo-yeon (Yoon Eun-hye), yang sering dipukul oleh bapanya yang kaki botol. Suatu hari, bapa Lee Soo-yeon telah ditangkap kerana membunuh.


Sejak itu, dia menjadi bahan ejekan dan diganggu oleh rakan-rakan sekolahnya. Lee Soo-yeon berasa amat tertekan dengan kehidupannya sehinggalah dia bertemu dengan Han Jung-woo (Park Yoo-chun) yang sentiasa menjadi penyelamatnya ketika diganggu. Sejak itu, mereka menjadi kawan baik dan jatuh cinta.

Han Jung-woo merupakan anak kepada seorang ketua kongsi gelap yang berpengaruh dan mempunyai ramai musuh. Suatu hari, Han Jung-woo dan Lee Soo-yeon telah diculik oleh ibu kepada Kang Hyung-joon. Penculikan itu adalah bermotifkan dendam. Ibu Hyung-joon merupakan perempuan simpanan kepada datuk Han Jung-woo. Kematian datuk Han Jung-woo telah menyebabkan bapanya, Han Tae Joon (lakonan Han Jin Hee), berebutkan harta peninggalan mendiang. Namun kelicikan ibu Kang Hyung-joon, telah membuatkan dia berjaya memindahkan sebahagian besar wang kepada dalam akaun luar negara.

Ibu Hyung-joon merancang untuk meninggalkan Korea dan sebab itulah dia merancang menculik Han Jung-woo. Penculikan tersebut telah menyebabkan Han Jung-woo terpisah dengan Lee Soo-yeo dan Han Jung-woo menyangkakan kekasihnya telah mati.

14 tahun berlalu dan kini Han Jung-woo kini menjadi detektif siasatan jenayah. Hasrat Han Jung-woo hanyalah satu, iaitu mencari Lee Soo-yeon Dia yakin kekasihnya itu tidak mati. Firasatnya tepat kerana Lee Soo-yeon kini telah menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal. Tanpa diduga, Lee Soo-yeon kini bercinta dengan Kang Hyung-joon. Semasa ke luar negara, Hyung-joon telah melanjutkan pelajaran hasil duit yang diambil oleh ibunya daripada keluarga Han Jung-woo. Kini, Hyung-joon merupakan seorang yang kaya dan berjaya dalam hidup.

Sekian lama berada di luar negara, akhirnya Kang Hyung-joon pulang ke tanahair. Namun, kepulangan Kang Hyung-joon hanyalah untuk membalas dendam terhadap keluarga Han Jung-woo kerana bapa Han Jung-woo telah membunuh ibunya akibat daripada perebutan harta. Untuk mengelak daripada dikesan, Hyung-joon telah menyamar sebagai Harry Borrison.

Berjayakan Hyung-joon dengan misinya? Dapatkah Han Jung-soo mencari kekasih hatinya Lee Soo-yeon? Semuanya akan terjawab di dalam Chamsarang ‘I Miss you’ yang bakal menemui anda semuapada setiap Isnin dan Selasa, 9.30 malam bermula 28 Januari ini.

I Miss You casts (6)

I Miss You casts (5)

I Miss You casts (2)

I Miss You casts (1)

I Miss You (Yoon Eun Hye lakonkan watak Lee Soo Yeon) 2

I Miss You (Yoon Eun Hye lakonkan watak Lee Soo Yeon) 1

I Miss You (Yoo Seung Ho lakonkan watak Kang Hyung Joon) 2

I Miss You (Yoo Seung Ho lakonkan watak Kang Hyung Joon) 1

I Miss You (Park Yoo-chun lakonkan watak Han Jung-woo)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Erra Fazira Tak Pernah Merancang Untuk Dapat Anak

Zombie The Walking Dead Around Klang Valley