in

Drama Bersiri DEJAVU DI KINABALU

Menyusuli SEINDAH SAKURA, drama bersiri terbaru “DEJAVU DI KINABALU” bakal menghiasi slot Akasia TV3 bermula 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd di bawah arahan sutradara yang disegani, Eirma Fatima merangkap penulis skrip.

Mengisahkan Nadira yang telah menerima pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Perwatakan Nadira telah memikat hati Ammar. Apakah yang akan berlaku selepas ini?

DEJAVU DI KINABALU menampilkan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha, Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Nazim Othman

Nazim Othman

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Smarter Home Cleaning Solutions with Samsung

Pemenang Juara Mentor 6 Caroline