in ,

Drama Bersiri Bibik

Hiburan Ringan Petang Hari di TV1 : Drama Bersiri 13 Episod Bibik

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton setia salurannya bergelak ketawa dengan program sitkom terbaharu, Bibik yang bakal menyerikan petang anda. Pastinya penonton terhibur dengan lawak bersahaja pelakon Daniel Syazriq, Amira Ayuni, Norman Hakim, Nonny Nadirah, Jessie Lim, Kathy Fauziah dan Kalpana Devi yang menermui penonton mulai 16 Januari ini menerusi TV1.

Disiarkan setiap Isnin, jam 2.05 petang, kisah Bibik bermula apabila pembantu rumah Hisham yang keenam melarikan diri dan keadaan menjadi kelam-kabut. Meskipun menyedari segalanya berpunca daripada karenah yang ditimbulkan oleh anak-anak dan ibunya, Rogayah namun dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Drama Bersiri Bibik

Ketika itu, Rogayah menerima panggilan yang memintanya pulang ke kampung segera. Dia lalu menawarkan pekerjaan kepada seorang pekerja Spa dengan memberi dua kali ganda dari gajinya sekarang. Sheila dengan berat hati terpaksa menerima kerana tawaran lumayan yang berikan Rogayah.

Pada mulanya anak-anak Hisham membuli Sheila kerana mereka inginkannya berhenti kerja. Tetapi kerana Sheila perlukan duit, dia terpaksa bersabar. Sementara pemandu peribadi Hisham, Calvin juga tertarik dengan kecantikkan Sheila.

Setelah pulang dari kampung, Rogayah terkejut apabila dia mendapat tahu
Sheila tidak pandai masak dan mengemas rumah. Dia tidak boleh membuat apa-apa kerana mereka terpaksa menunggu beberapa bulan untuk mendapat pembantu rumah. Rogayah terpaksa mengajar Sheila bagaimana menguruskan rumahnya.

Lama kelamaan Sheila dapat menyesuaikan diri dengan keluarga Hisham walau pun terpaksa menghadapi kerenah anak-anak Hisham iaitu Amelia dan juga Aqil yang nakal. Sementara itu Hisham yang kematian isteri itu selalu dipaksa oleh Rogayah supaya segera berkahwin lagi kerana telah lama menduda. Namun Hisham selalu memberi alasan yang dia belum bertemu lagi jodoh yang sesuai.

Walau pun anak-anak Hisham pada mulanya tidak dapat menerima akan kehadiran pembantu rumah yang baru, tetapi dengan kesabaran dan juga kebaikan yang dimiliki oleh Sheila lama kelamaan Amelia dan Aqil merasa selesa dengan kehadiran Sheila kerana cara dia menasihat dan menekankan disiplin kepada mereka.

Sementara itu Hisham pula sedikit demi sedikit ada menaruh hati terhadap pembantu rumahnya, Shiela. Namun bagaimanakah kesudahannya? Saksikan 13 episod drama bersiri Bibik ini hanya di TV1.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Airasia Named Value Airline Of The Year

Impiana Klcc Hotel Initiates Go Green Effort