in ,

Drama Bersiri Ariana Rose di TV3

Menyusuli PLAYBOY ITU SUAMI AKU, drama bersiri terbaru “ARIANA ROSE” bakal menghiasi slot Akasia TV3 bermula 30 Disember 2013, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 28 episod ini menampilkan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Keith Foo, Nur Fathia, Hisham Hamid, Arja Lee, Nabila Huda, Tasha Shilla, Syatilla Melvin dan ramai lagi.

Drama yang diadaptasi dari novel The Wedding Breaker ini mengisahkan Ariana Rose yang telah membantu menyelamatkan Tengku Juwita dari berkawin dengan seorang kaki perempuan iaitu Tengku Adam. Ariana Rose membuat kenyataan palsu kononnya dia sedang mengandung anak Tengku Adam. Tengku Adam tidak berpuas hati dan cuba menjerat Ariana Rose. Namun, rancangan Tengku Adam ternyata menjerat dirinya apabila dia mula jatuh hati pada Ariana Rose.

Drama adaptasi dari novel The Wedding Breaker karya Evelyn Rose ini bakal disiarkan di Slot Akasia TV3 mulai 30 Disember 2013. Isnin -Khamis, 7 malam. So, jangan lupa tonton, okay. Budiey suka dengan drama ni. Nak tengok dari awal sampai habis. Gituh!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival ECO FEST 2013

Dira Abu Zahar Alami Keguguran