in ,

Drama Bersiri ANGIN SYURGA Lakonan Sharnaaz Ahmad

Menggantikan drama bersiri Mukhlis lakonan Sharnaaz Ahmad yang mendapat tempat di hati penonton, sebuah drama rantaian menarik bertajuk “Angin Syurga” yang mengetengahkan kemunculan pelakon cantik, Jue Aziz sebagai watak utama menghidupkan watak seorang anak sulong yang terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada dua adiknya setelah kematian ibunya.

poster Angin Syurga

Mula bersiaran pada 27 Januari ini, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 9.00 malam di TV2, drama bersiri 26 episod ini turut dibintangi oleh Bil Azali (Iqbal), Leez Rosli (Mira), Liza Abdullah (Hamidah), Saidi Sabri (Syafiq), Soeprihati Sikom (Biah), Fazlina Ahmad Daud (Mak Utih), Fauziah Nawi (Mak Long), Miera Amnas (Maya), Dato Jalaludin Hassan (Kasim), Issey (Mukhris), Janet Khoo (Sok Leh), Anne Abdullah (Mak Nab) dan Afiq Muiz (Airil).

Kongsikan bagaimana kepayahan seorang gadis dalam usia yang masih muda terpaksa berdepan masa-masa sukar untuk meneruskan kehidupan bersama adik-adiknya. Pada masa sama dirinya turut dihimpit fitnah oleh saudara maranya sendiri yang sepatutnya mampu dijadikan tempat berteduh dan berlindung.

Kisahnya bermuka dengan berita kematian ibunya yang meninggal secara mengejut membuatkan Noraini dipanggil Kak Long pada usia 22 tahun terpaksa mengalas tanggungjawab sebagai ibu dan ayah bagi menjaga dua orang adik-adiknya, Iqbal berusia 15 tahun dan Mira, 13 tahun.

Tanpa meninggalkan sebarang harta, yang ditinggalkan hanyalah sedikit wang simpanan yang tidak seberapa. Mujurlah ada sebuah rumah usang yang ditinggalkan menjadi tempat mereka berlindung tiga beradik.

Kematian ibu membuatkan kehidupan mereka terhimpit. Sedangkan ayahnya, Kassim sudah 10 tahun menghilang diri dan tidak diketahui hidup matinya. Tinggallah Kak Long menjaga adik-adik dan mengambil alih peranan ayah dan ibu untuk membesarkan mereka.

Nasib malang sentiasa menimpa Kak Long yang sering difitnah oleh ibu saudaranya, Mak Teh yang menyimpan dendam terhadap ibu Kak Long. Kak Long mengidap fibroid namun ibunya tidak membenarkan Kak Long dirawat di hospital kerana menyaka sakit Kak Long disebabkan perbuatan dengki adiknya.

Saat suka duka dikongsi sama dalam drama bersiri menarik ini hanya di TV2.

antara babak

babak drama ini

babak sedih

watak Jue dan Fauziah Nawi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Berinai Sharifah Sakinah Bertemakan BALI

Kerjaya Impian Kembali Untuk Musim Kedua