in ,

Pengajaran Salah Laku Dalam 26 Episod Drama Bersiri 4 PENJURU

Peka dengan hasrat menyedarkan orang ramai tentang bahaya dan kemungkinan besar dapat mengelakkan kesilapan sama berulang, RTM menyiarkan program, “4 Penjuru” yang menemui penonton mulai 26 Mac ini, setiap Sabtu, pukul 10.30 pagi di TV1.

26 episod drama berbeza setiap episod ini berkongsi mengetengahkan isu antaranya penyeludupan haiwan eksotik, penyeludupan rokok haram, pemerdagangan manusia, penipuan pelaburan emas, gores dan menang, cara penyembelihan halal, kecurian tenaga elektrik, penjualan bahan kosmetik yang mengandungi kimia dan sindiket penipuan cinta untuk mendapatkan wang.

poster 4 Penjuru di TV1

Pengajaran Salah Laku Dalam 26 Episod “4 Penjuru” mulai 26 Mac Ini di TV1

“4 penjuru” arahan Roslan Hussin FDAM ini menampilkan pelakon Beego, Shahrulzaman, Roy Azman, Fauzi Nawawi, Farisha Irwayu, Mustaqim Bahadon, Kazar, Bea Rameshan dan Airis Yasmin.

Realitinya kisah yang dipaparkan dalam setiap episod “4 Penjuru” sememangnya berlaku dalam kehidupan seharian kita dan disiarkan menerusi media sosial dan akhbar. Ikuti episod “Salah Langkah” mengisahkan Hamdi dan isterinya mempunyai masalah kewangan. Hamdi tidak mahu melakukan tugas-tugas kasar seperti bouncer lalu dipujuk dan ditawarkan tugas menyeludup rokok haram. Malang nasib Hamdi pada tugasan pertamanya dia telah diberkas pihak berkuasa.

Menerusi tajuk “Jutawan Emas” pula kisah Edwin yang telah mendapat keuntungan dari pelaburan emas Swiss Gold telah berusaha menyakinkan keluarganya untuk turut melabur. Adik Edwin tidak bersetuju dan cuba menasihatkan keluarganya namun tiada siapa mengendahkannya. Pada satu hari Bank Negara telah membekukan aset syarikat pelaburan emas tersebut menyebabkan sekeluarga kerugian sehingga Edwin menyembunyikan diri kerana malu di kutuk keluarga dan sanak saudara.

Tidak ketinggalan pengajaran dalam episod “Sembelih”, kisah Jefri yang menganggur akhirnya pasrah menerima kerja di kilang ayam yang membekalkan ayam-ayam ke pasaraya. Satu hari dia pulang ke kampung dan mendengar syarahan ustaz tentang sembelihan yang betul dan dia menyedari bahawa tempat kerjanya telah sekian lama tidak melakukan sembelihan yang betul yang bermakna ayam yang dibekalkan adalah haram walaupun mereka menggunakan sijil JAKIM.

Bila Jefri membuat teguran kepada para pekerja mereka tidak mengendahkannya dan apabila diadu pada majikan dia telah diberhenti kerja. Jefri membuat aduan dan pihak JAKIM datang membuat siasatan secara rahsia mendapati memang proses sembelihan adalah tidak mengikut proses halal lalu mereka ditangkap dan disaman serta lesen ditarik.

Masa kini ramai kalangan remaja mengambil risiko menggunakan kad kreadit. Ini yang terjadi kepada Rashid yang sanggup berhutang semata-mata mahu menampakkan kemewahan hidupnya hingga turut mengabaikan anaknya.

Sindiket penipuan cinta untuk mendapatkan wang juga semakin menjadi-jadi ketika ini. Ia memaparkan watak dalam episod “Cinta Hitam”, menyorot kisah Laila, seorang isteri yang sering diketepikan oleh suami terjerat dalam perangkap cinta dengan kenalan Facebook. Kekasih yang disangka jejaka Eropah rupanya hanyalah seorang lelaki kulit hitam yang menjalankan sindikit penipuan melalui cinta untuk mendapatkan wang.

Satu lagi kisah yang popular di media mengenai penjualan barangan mewah gred AAA ditonjolkan dalam episod “Hanya Yang Ori”. Kak Molly adalah penjual barangan mewah gred AAA. Pelanggannya dari pelbagai golongan dari orang biasa hinggalah ke artis dan VIP.

Kak Molly sangat suka bergaya dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Bagaimanapun, keyakinannya membuatkan dia tertangkap bila dia memakai beg mewah palsu ke majlis yang dianjurkan oleh pengeluar beg asli. Pihak berkuasa akhirnya menjejaki kegiatannya dan membuat tangkapan.

Ikuti lebih banyak lagi kisah-kisah realiti penuh pengajaran ini hanya di TV1.

Fauzi Nawawi antara pelakon 4 Penjuru

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kejutan Menanti di Kilauan Emas Otai Minggu Ke-3

Great Hospitality in Paris at the Mövenpick Hotel Paris Neuilly