in , ,

Drama Band Tuju Single BERTAHANLAH Buat Frontliners Malaysia

Selepas kejayaan single bertajuk “Drama” melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu beberapa bulan lepas dan juga single “Kayangan” yang berjaya mencecah setengah juta jumlah tontonan di Youtube dalam masa dua minggu, Drama Band kembali dengan sebuah lagi single yang bertajuk “Bertahanlah”.

Single ini ditulis khas untuk para frontliners Malaysia yang bertungkus-lumus menggadaikan nyawa mereka untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia. Single ini dicipta oleh Argo dan juga AG Coco, manakala liriknya ditulis oleh Argo, Daus SRK dan juga Sharul Kamal.

Ini merupakan kali kedua Drama Band bekerjasama dengan AG Coco, yang sebelum ini hanya ditampilkan didalam single “Satu-Satu” sebagai pemain gitar undangan.

Drama Band turut mengeluarkan video muzik Bertahanlah yang mengandungi “Easter Egg” yang terus dikesan oleh pengguna internet dan penonton di Youtube. Video muzik tersebut juga turut menunjukkan perubahan dari warna hitam putih ke video yang berwarna.

Ini menunjukkan bahawa frontliners Malaysia telah memberi harapan kepada rakyat Malaysia daripada kesukaran menghadapi Covid-19 dan kesenangan menjalani kehidupan seharian walaupun masih berperang dengan virus.

Single “Bertahanlah” ini akan menjadi salah satu lagu didalam album “Drama” daripada Drama Band yang akan mula dijual akhir tahun ini. Album “Drama” ini juga akan mengandungi lagu- lagu seperti “Drama”, “Satu-Satu”, “Kayangan”, “Bertahanlah”, “Koyak” dan lain-lain lagi.

Bertahanlah ini kembali menunjukkan sisi lain Drama Band seperti ketika lagu Biarkanlah kira- kira 5 tahun lepas selepas beberapa single sebelum ini yang menunjukkan sisi nakal Drama Band.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Covid-19: Kru Pengambaran Mengadu Dua Hari Tak Jamah Makanan, Dihalau Rumah Sewa

Starbucks Malaysia Reimagines Raya During Covid-19