in

Cinta Pantai Timur Dalam Drama Awe Keno Nikoh

Saksikan keletah Uqasha Senrose dan Zahiril Adzim bercakap dialek Kelantan dalam telemovie “Awe Keno Nikoh” bersiaran pada 18 Mac ini, pukul 10.05 pagi menerusi slot Panggung Ahad di TV1.

Turun menampilkan lakonan bersahaja Ben Kenobi, Man Khan, Norhamiza dan Yoe Kaybee. Menonjolkan watak Ridhwan atau dikenali dengan nama timangan Awe, berketurunan Kelantan tetapi dibesarkan dan bertugas di Kuala Lumpur.

Cinta Pantai Timur Dalam Awe Keno Nikoh TV1

Awe mempunyai seorang kekasih bermata duitan. Dia membuat keputusan untuk berpisah dengan kekasihnya setelah sedar ianya satu kesilapan. Keputusannya itu solah-olah mendatangkan rezeki kepada dirinya. Selepas pulang ke pejabat, Awe menerima pujian atas kecemerlangannya. Dia dinaikkan pangkat dan diarah untuk menguruskan syraikat di Kelantan.

Poster Awe Keno Nikah

Dalam pada itu, Awe mengenali Mek Tie, seorang peniaga online yang dirasakan kasar dan menjual barangan tidak berkualiti. Mek Tie diminati oleh Osman K-Pop, seorang penyanyi dikir barat yang melarang Awe daripada mendekati Mek Tie. Hubungan Awe dengan Mek Tie semakin akrab. Awe mula tertarik pada Mek Tie kerana dia mengambil berat tentang keadaan atuknya yang terlibat dalam kemalangan.

Kemudian Mek Tie diragut dan kehilangan barang jualannya. Bagi meringankan bebanan Mek Tie, Awe mengajak Mek Tie membuka perniagaan barangan pengantin. Sementara itu Mek Tie terdengar Osman membuat panggilan telefon untuk menjual barang kemas. Secara senyap, Mek Tie mengekori Osman ke tempat yang dijanjikan dengan rakan pembelinya dan mendapati barang kemas yang hendak dijual adalah miliknya.

Awe menjadi hero kepada Mek Tie. Dia berjaya menangkap Osman dan menyerahkan kepada pihak berkuasa. Apakah yang berlaku selepas itu? Adakah Awe dan Mek Tie akan berkahwin? Saksikan kesudahan kisah mencuit hati mereka di TV1.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliran Altimet Terserlah dalam Album Baru – AIR

OPPO Member’s Day is Finally Here