in ,

Drama Ahmad Durrah Lakonan Nabila Huda, Eja, Qazem Nor

DILEMMA AHMAD DURRAH:
Patah Sayap Boleh Diubati, Patah Hati Mampukah Berganti?

Bangkit kembali dari kegagalan memang bukan satu hal yang mudah, namun ia juga bukan merupakan perkara yang mustahil. Terbaru menghiasi slot TV3, ZEHRA, ikuti liku-liku perjalanan kehidupan seorang lelaki tabah yang hanya ingin mencari sedikit sinar keredhaan dalam kebahagiaan walaupun tidak putus dilanda pelbagai dugaan menerusi “AHMAD DURRAH”, drama bersiri arahan Raja Ahmad Alaudin yang mula disiarkan pada 17 September 2010, setiap hari Jumaat jam 9.00malam.

Ahmad Durrah Final - Poster

Pastinya para peminat yang setelah sekian lama merindui untuk menatap wajah tampan dan lakonan mantap Rusdi Ramli di TV3 akan teruja dengan kemunculan beliau memegang watak utama sebagai Ahmad Durrah di dalam drama bersiri 13-episod yang juga menampilkan barisan pelakon tidak kurang hebatnya seperti Nabila Huda, Siti Shahrizah (Eja), Nelly, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri, Hafizudin yang kini sudahpun menemui semua penonton setia setiap Jumaat malam.

Ahmad Durrah 3

Menurut Pn. Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Berbeza dengan pelbagai slot drama di TV3, ZEHRA menekankan nilai kekeluargaan, taat kepada ibu bapa, kasih sayang antara adik-beradik dan juga cinta sejati. ZEHRA juga menyerapkan nilai-nilai keislaman dan menggalakkan amalan hidup secara harmoni. Kisah cinta turut menjadi elemen yang amat penting untuk melengkapkan sesebuah drama bagi menarik minat tontonan seisi keluarga. Jika dilihat, konsep untuk drama Ahmad Durrah ini sebenarnya adalah sangat ringkas dan mudah difahami. Tetapi hasil interpretasi dan olahan yang kreatif daripada pengarah dilengkapi dengan lakonan hebat dan komitment padu daripada barisan pelakon, drama ini sarat dengan jalan cerita serta dialog yang berkesan di samping menampilkan karakter dan watak menarik menerusi babak-babak menyentuh perasaan hinggalah aksi pertarungan dan percintaan membuatkan mereka yang mengikuti kisah Ahmad Durrah akan sentiasa ternanti-nanti apakah kisah selanjutnya dalam episod akan datang.”

Drama terbitan Global Station ini mengisahkan suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Sedih dan tertekan selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan kehilangan jawatan, Ahmad Durrah dikejutkan pula dengan permintaan isterinya, Mira yang mahukan perceraian kerana tidak mahu lagi terikat dengan dirinya yang kini tidak lagi berharta dan berstatus tinggi. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, mahu atau tidak, Ahmad Durrah terpaksa melepaskan satu-satunya insan yang dicintai selama ini.

Setelah merenung ikhtibar segala yang berlaku, Ahmad Durrah mengambil keputusan untuk mengembara dan bermusafir bagi menenangkan hatinya disamping mencari kekuatan untuk bangun semula dari kegagalan. Seperti ditakdirkan, pengembaraan Ahmad Durrah membawanya ke Kampung Tualang, sebuah kampung nelayan yang indah permai namun sudah lama bergolak dengan konflik.

Di sinilah bermulanya perjalanan Ahmad Durrah yang penuh dengan dugaan namun akhirnya keikhlasan hati dan niat yang murni menemukan Ahmad Durrah bukan sahaja dengan sahabat dan keluarga baru yang menerima dan melayannya dengan mesra, malah, dia berhadapan dengan dilemma apabila harus memilih antara 3 wanita yang menyintainya.

Siapakah wanita yang akhirnya berjaya memenangi hati Ahmad Durrah yang selama ini tertutup untuk menerima cinta lagi dan bagaimanakah beliau mengharungi cabaran dan perselisihan faham orang mengenai dirinya yang hanya ingin bangkit daripada sejarah silam yang pahit?

Ahmad Durrah 4

Ahmad Durrah 5

Ahmad Durrah 1

Ahmad Durrah 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Jasmine Women di TV2

Gambar Sekitar Rumah Terbuka Aidilfitri Astro 2010