in ,

Drama 8 Bulan Kasi Tips & Perancangan Kewangan

Jam 10.30 pagi semalam, Budiey telah hadir di Pelancaran Drama 8 Bulan yang diadakan di Restoran Rebung, Lorong Maarof, Bangsar Park, Kuala Lumpur. Drama 8 Bulan adalah drama baru yang akan disiarkan di TV3, setiap hari Ahad jam 10.30 malam.

Drama 8 episod ini dilakonkan oleh pelakon handalan seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Maizurah Hamsah, Norman Hakim, Zuan Azmi, Yasmin Hani dan Nazril Idrus Ahmad.

Drama yang diterbitkan oleh Muhammad Azeril Zulkifli dari Red Communication ini dilihat agak lain dari drama yang biasa kita tengok kerana ianya memberikan kita info dan juga tips tentang bagaimana untuk merancang kewangan berlandaskan prinsip Syariah yang disediakan oleh HSBC Amanah Malaysia.

Ia mengisahkan saat-saat yang penting dalam kehidupan sepasang suami isteri dari detik menyambut kelahiran cahaya mata sehinggalah perancangan kewangan dalam tempoh lapan bulan.

Drama 8 Bulan diarahkan oleh Imri Nasution, hasil skrip dari Azril Hamzah dan antara drama yang menggandingkan sepasang suami isteri di luar set dan mereka akan menggalas watak suami isteri dalam drama ini.

Vanidah Imran & Rashidi Ishak. Dalam drama ini, watak Vee kena pakai tudung.

Sinopsis Drama 8 Bulan:

Linda (lakonan Vanidah Imran) ialah seorang wanita berkerjaya yang bercita-cita tinggi manakala suaminya, Faizal (Rashidi Ishak) pula mempunyai personaliti yang berbeza dengannya. Mereka bekerja di sebuah agensi pengiklanan iaitu MoNaRKi Incopration. Linda ialah seorang Pengurus Pemasaran manakala Faizal ialah Pereka Grafik di mana jawatan dan pendapatannya lebih rendah daripada isterinya. Faizal berasa selesa dengan kedudukannya di syarikat manakala Linda bekerja keras sehingga dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Kanan.

Selepas Linda mengandung, mereka sedar bahawa mereka belum bersedia dan gusar untuk melangkah ke fasa baru. Mereka berada dalam dilemma untuk menyampaikan berita baik kepada bos (Tony Eusoff) kerana beliau tidak gemar jika pengurusnya gagal memberikan komitmen sepenuhnya atas alasan mengandung. Selain itu, mereka perlukan perancangan kewangan bagi menampung kos kehidupan dari saat Linda mengandung sehingga melahirkan anak sulung mereka.

Di sini, HSBC Amanah Malaysia memainkan peranan penting dalam memaparkan segala penyelesaian kewangan kaedah Syariah yang bersesuaian dengan corak kehidupan seseorang di saat-saat penting seperti menanti kelahiran anak yang pertama. Bagaimanakah Linda dan Faizal mengubahsuaikan diri dan merancang kehidupan mereka dengan perkhidmatan kewangan daripada HSBC Amanah Malaysia dalam tempoh 8 bulan?

Lagu tema Kekanda Adinda nyanyian Atilia dan Monoloque menjadi lagu tema.

Drama ini sangat ringan, menghiburkan dan ianya sangat infomatif juga.

Jadi, jangan lupa ikuti kehidupan Linda dan Faizal yang penuh warna-warni dan gelak ketawa ini mulai 25 Julai 2010, setiap Ahad jam 10.30 malam di TV3.

Wajah Zuan Azmi, wartawan Melodi juga turut berlakon dalam 8 Bulan.

Pelakon baru yang semakin meningkat naik, Lash. Hadir dengan siapa tu?

Tony Eusoff bawa watak sebagai bos dalam 8 Bulan. Garangnya pakai baju merah.

Barisan pelakon drama 8 Bulan. Semuanya tak sabar untuk beraksi di kaca TV

Maizurah Hamzah akan berganding dengan Norman Hakim

Sesuai sangat. Pasangan suami isteri ini dipasangkan dalam drama ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Maizurah Hamzah di Pelancaran Drama 8 Bulan

Pelancaran DRIVE Program TV Kereta NTV7