in ,

Download Lagu Terbaru Butterfingers MAHARANI di Guamusic

MAHARANI – SINGLE TERBARU DARI BUTTERFINGERS BEST!!

Butterfingers akan melancarkan single MAHARANI pada 06-07-08 secara eksklusif di www.guamuzik.com.my. Butterfingers memilih tarikh 6 Julai 2008 kerana angkanya yang begitu special dan turutan angka yang cantik itu mungkin boleh memberi tuah kepada mereka juga kepada Guamuzik sebagai platform bagi memasarkan lagu mereka.

Moga-moga ya!

Single Maharani tidak ada dan tidak dapat dimuaturun dari mana-mana portal lain kecuali Portal Guamuzik. Ini merupakan single kedua Butterfingers yang dilancarkan secara digital dan eksklusif. Sebelum ini, lagu Kembali (1000 Tahun) dilancarkan sempena pelancaran guamuzik pada bulan April yang lalu.
 
Kepada peminat band ini, ini adalah peluang keemasan untuk korang semua untuk memuatturun lagu terbaru Butterfingers ini kerana sebagaimana korang sedia maklum, album terbaru mereka belum lagi terdapat di pasaran.
 
Butterfingers juga telah turut mengadakan persembahan di Konsert Guamuzik Supergig pada 30 mei lalu di mana telah mempersembahkan 3 buah lagu khas untuk peminat-peminat mereka.
 
Pihak Guamuzik gembira dengan kerjasama oleh Butterfingers dan akan terus berusaha memberikan peminat-peminat muzik lagu-lagu terbaru secara eksklusif.

Jomlah download sekarang!


 
[tags]Download, muaturun, Lagu Single Maharani, butterfingers.com, butter, keju, ibu jari, video supergigs, butterfingers, salah kiblat, Success and Motivations, tengku zafrul blog, lagu terbaru, lirik kembali, portal, guamuzik, mayakarin.com[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Dafi @ Rakaman Zoom In Raya RTM

Sekitar Sidang Media Teater BUKAN DEJAVU di Istana Budaya