in

DOWNLOAD LAGU-LAGU SHEILA MAJID HANYA RM1

MUAT TURUN LAGU-LAGU SHEILA MAJID DENGAN HARGA RM1 SAHAJA DI GUAMUZIK! 

Portal muzik terunggul Malaysia www.guamuzik.com.my terus memberikan yang terbaik kepada para pengguna dengan perisian eksklusif mereka yang tiada tandingan. Selepas pelbagai rangka promosi, portal tersebut kembali dengan sebuah lagi tawaran yang mengujakan khas buat para peminat Ratu Jazz Negara, Sheila Majid. Sepanjang bulan Disember, para peminat bintang Jazz ini pasti gembira kerana GUAMUZIK menjual lagu-lagunya pada harga yang menakjubkan iaitu RM1 sahaja untuk sebuah lagu! Di antara lagu-lagu yang ditawarkan adalah Sinaran, Memori, Jelingan Manja, Aku Cinta Pada Mu, Kerinduan, Ku Mohon dan Cinta Jangan Kau Pergi serta banyak lagi! Lagu-lagu ini dipetik daripada beberapa albumnya yang paling popular iaitu Ku Mohon, Nostalgia Abadi, Cinta Kita, Jentayu dan Warna. 

Seperti kebanyakan promosi di GUAMUZIK, beberapa pembeli bertuah juga layak menerima hadiah-hadiah eksklusif bila mereka membeli lagu daripada senarai laman sesawang tersebut. Di antara hadiah yang ada termasuklah barangan edisi terhad yang ditandatangani oleh para selebriti, peralatan elektronik, temujanji dengan bintang pujaan mereka serta banyak lagi. Maka  untuk promosi Sheila Majid ini, beberapa peminat bertuah juga akan meraih beberapa kejutan menarik selepas memuat turun lagu-lagu yang disebutkan tadi.  

Tawaran istimewa ini hanya dapat diperolehi secara eksklusif di www.guamuzik.com.my untuk waktu yang terhad sahaja. Buat anda yang ingin memiliki koleksi lengkap lagu-lagu terhebat Sheila Majid tanpa membelanjakan jumlah wang yang banyak, inilah peluang keemasan anda kerana tawaran RM1 untuk satu lagu ini bukan sesuatu yang sering berlaku! Para pemuat turun juga diingatkan bahawa mereka boleh menyimpan lagu-lagu ini di dalam komputer mereka dan kemudian boleh juga memindahkannya ke dalam pemain MP3 serta peralatan-peralatan lain yang mempunyai fungsi serupa. 

Baru-baru ini, GUAMUZIK turut mengedarkan lagu hit Kerna yang dipetik daripada musim ketiga drama on-line pertama Malaysia Kerana Karina secara percuma kepada semua pengunjung laman sesawang tersebut. Lagu nyanyian Marsha Londoh itu telah dimuat turun dengan begitu popular tanpa sebarang bayaran selama seminggu.  

Promosi-promosi seperti ini hanyalah sekadar pengenalan untuk banyak lagi kejutan daripada GUAMUZIK yang bakal dinikmati oleh para pengguna. GUAMUZIK bertekad untuk memberikan lebih banyak kandungan yang eksklusif dan mengujakan buat para pencinta muzik sejagat. 

Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan muat turunlah lagu Sheila Majid kegemaran anda secara sah pada harga RM1 untuk sebuah lagu hanya di www.guamuzik.com.my!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Supa Strikas Set to Score with Malaysians

Voice Independent Music Awards VIMA AWARDS Nominees