in ,

Malaysia Catat Satu Lagi Kematian Covid-19, Petugas Kesihatan Pertama Yang Disahkan Maut

Negara mencatatkan satu lagi kes kematian akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang maut setakat Ahad (22 Mac 2020) sebanyak 9 kes. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kes kematian kesembilan merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia. Difahamkan, mangsa adalah pakar patologi di sebuah hospital di Kangar, Perlis.

Malaysia Catat Satu Lagi Kematian Covid-19, Petugas Kesihatan Pertama Yang Disahkan Maut, Jumlah Terkini 9 Orang Meninggal Dunia

Difahamkan, mangsa yang berusia 48 tahun adalah daripada kes ke-890 dan bertugas sebagai seorang doktor perubatan di KKM.

Memetik berita dari Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mangsa warga Malaysia berusia 48 tahun adalah kes ke-890 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.

“Mangsa dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 selepas mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection dan disahkan positif Covid-19 pada 18 Mac lalu.

“Bantuan alatan pernafasan diberikan sejak 19 Mac selepas keadaan kesihatannya merosot. Dia disahkan meninggal dunia pada 10.33 pagi, hari ini,”

– Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Menurutnya, kes jangkitan Covid-19 ini disyaki bukan dalam kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berdepan dengan pesakit wabak itu.

“Ia adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.”

“Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah,”

– Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Covid 19

Beliau telah disahkan positif jangkitan pada 18 Mac 2020 sebelum meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, hari ini.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.

Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki. 

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.

Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.

Sumber: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA via Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Galakkan Pelanggannya Duduk di Rumah & Terus Terhubung

Netizen Sebak Luahan Sayu BCL di IG Story Sempena Hari Jadi ke-37, Minta Doa Untuk Ashraf Sinclair