in

“Doakan Kita Boleh Balik Kampung Raya Tahun Ini,” – Boleh Rentas Negeri Sekiranya…

Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini,” demikian luah Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang merujuk kepada trend penurunan kes harian COVID-19, ketika ini.

Ismail Sabri berkata sekiranya trend penurunan kes harian COVID-19 berterusan, kemungkinan rentas negeri boleh dibenarkan dengan penilaian risiko dari Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat boleh pulang beraya di kampung, tahun ini.

“Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa. 

“Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung,” katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini malam ini.

Aidilfitri tahun ini dijangka disambut pada 13 Mei depan.

Tegas Ismail Sabri, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan mulai esok manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.

Mengulas mengenai taman-taman rekreasi dan awam di sesetengah negeri yang masih ditutup walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti beriadah dilakukan di situ, beliau berkata sepatutnya ia tidak menimbulkan sebarang isu.

”Kita telah benarkan beroperasi kerana taman-taman ini merupakan tempat terbuka, ia kurang berisiko berbanding tempat tertutup,” katanya menambah orang ramai boleh merujuk prosedur operasi standard (SOP) Pihak Berkuasa Tempatan atau SOP Majlis Keselamatan Negara.

— BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reen Rahim, Heroin Telemovie ‘Tebus’ dan ‘5 Hari Kita Bertemu’ di RTM

SAJAT

Isu Keluar Islam & Murtad, Sajat Terima Ugutan Bunuh dari Netizen