in , , , ,

Sinopsis Diva The Movie, Sebalik Cerita & Plot Filem


Kartika (Ning Baizura) ialah seorang penyanyi yang berjaya di serata dunia dan amat diminati oleh jutaan peminat di tanah airnya. Di sebalik kejayaan gemilangnya tersembunyi sebuah kisah sedih. Di mana sekalipun Kartika berada, semua peminatnya ingin meluangkan masa bersamanya.

Dalam situasi ini, Kartika hanya inginkan seorang memahami isi hatinya iaitu ibunya yang tidak ingin bertemu mahupun berbicara denganya sama sekali. Kartika yang telah melarikan diri dari rumah untuk mengejar impiannya demi mencapai kejayaan dan mencari wang bagi keselesaan keluarganya, sekarang telah mencapai segala impiannya. Namun, dia tidak fikir sama sekali yang pemergiannya telah menyebabkan bapanya rasa diderhaka.  

Sepulangnya ke Kuala Lumpur untuk sebuah konsert selang berapa tahun, ramai berfikir yang karier Kartika telah berakhir di luar negara dan ada yang lain berpendapat dia mempunyai motif lain. Selepas kejayaan konsertnya di Malaysia, Kartika pulang ke kampungnya untuk  memujuk dan meminta ampun daripada ibunya. Akan tetapi usahanya telah gagal untuk memujuk ibunya.

Di sana, Kartika bertemu dengan cinta pertamanya, Arman (Jeremy Thomas). Arman adalah satu-satunya orang yang pernah dicintai oleh Kartika. Arman yang berhati baik menolong memujuk hati Kartika dan memberitahunya supaya dia kembali dan mengambil alih sekolah ayahnya dan menjadikan hasrat arwah ayahnya tercapai dan ia pasti akan meredakan kemarahan ibunya terhadap Kartika. Dengan hanya dua anak murid dari sekolah bapanya dan dua lagi remaja yang Kartika kenal, dia bermula untuk melatih mereka berempat dengan menggabungkan aspek seni muzik tradisional dengan irama melodi muzik moden. Kartika bukan sahaja memberikan irama rentak yang baru untuk dunia muzik malah menberikan gaya dan harapan kepada dunia muzik dari kumpulan yang baru diwujudkan iaitu JIWA.

Gambar Adam AF2 dalam filem DIVA

Kumpulan JIWA terdiri daripada Idit (Adam AF2), Mera (Jessisca Iskandar), Eja (Balkisyh), dan Jay (Awal Ashaari). Selepas album pertama JIWA telah berjaya, kumpulan mereka menjadi bintang baru di arena muzik tanah air. Kesemua mereka daripada kumpulan JIWA tidak pasti mengapa Kartika yang sebegitu popular bertungkus-lumus ingin menjadikan kumpulan mereka popular dan berjaya. Eja yang amat menyintai Arman, cemburu kerana berfikir Kartika hanya ingin menipu Arman untuk mendapatkan nama baik untuk dirinya sendiri daripada kejayaan kumpulan JIWA. Eja yang berkepala keras dan bersifat cemburu untuk membalas dendam terhadap Kartika mendapat peluangnya selepas Idayu (Irma Hasmie) dari empayar muzik Zack (Donny Kusuma) menawarkan peluang keemasaan untuk kontrak rakaman baru bagi kumpulannya. Eja kini perlu berusaha untuk mengubah fikiran kumpulannya untuk mengambil kontrak tersebut. Selepas kejayaan album JIWA, Kartika yang sedang sibuk meyiapkan konsert pelancaran JIWA untuk menjadikan imej JIWA dan sekolah ayahnya dikenali di serata dunia tidak tahu yang rancangannya akan tergendala dan menghadapi masalah yang besar.

Selepas Kartika mendapat tahu bahawa anak-anak muridnya telah berpaling tadah terhadapnya, dia telah berputus asa dan tahu yang dia tidak mempunyai masa lagi untuk memujuk muridnya untuk kembali kepadanya. Pada saat inilah rahsianya akan terbongkar kepada drebarnya Rudy (AC Mizal) dan pengurusnya Siska (Shenny Andrea). Selepas mendapat tahu rahsia Kartika, mereka berjanji untuk menolong Arman dan mencari Kumpulan JIWA dan memujuk mereka untuk kembali ke pangkuan jalan. Kartika pergi ke konsert JIWA dan memberitahu bahawa mereka tidak boleh membuat persembahan tersebut. Tetapi sebelum Kartika ingin berbuat demikian JIWA akan menjalankan persembahan mereka yang tiada bandingan dalam sejarah muzik tanah air.

Eja dan yang lain berasa malu kerana telah menyalah sangka niat dan hati baik Kartika. Mereka meminta supaya Kartika memaafkan mereka. Adakah Kartika akan memaafkan mereka? Adakah Ibu Kartika akan mengampuninya? Pendedahan yang akan membawa kumpulan JIWA kembali kepada Kartika ialah cerita yang akan menyelami perasaan dan tidak dapat dilupakan oleh setiap lapisan penonton DIVA.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurul AF2 Dalam Teater BAIK GILA

Corat Coret Nota Daripada Team Produksi Filem DIVA