in , ,

Dituduh Terkait Aktiviti Pelacuran, Chacha Maembong Buat Laporan Polis

Chacha Maembong membuat laporan di Balai Polis Seremban, Negeri Sembilan ekoran dakwaan mengaitkan dirinya terbabit dalam sindiket pelacuran kelas atasan yang dibayar antara RM20,000 sehingga RM40,000 untuk satu malam. Laporan yang dibuat kelmarin itu adalah atas nasihat peguam sekali gus mahu menghentikan segala fitnah yang dilemparkan.

Selepas mendapati wujud pihak tidak bertanggungjawab yang cuba membuat spekulasi mendakwa dirinya terlibat dengan isu skandal seks yang mempunyai kaitan dengan kegiatan Macau Scam, Chacha Maembong tampil membuat laporan polis. Menurut Chacha laporan dibuat pada 20 Oktober lalu selepas mendapat nasihat daripada peguamnya.

Chacha Maembong Buat Laporan Polis

“Tujuan laporan ini adalah bertujuan untuk memberhentikan dan menafikan segala fitnah yang berleluasa tentang diri saya berkenaan isu Macau Scam dan juga tuduhan aktiviti pelacuran.

Saya juga akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) dan pihak polis jika dipangil untuk memberikan kerjasama.”

– Chacha Maembong

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Chacha selepas memuat naik salinan laporan polis yang dibuat di balai polis Seremban, Negeri Sembilan di laman Instagramnya. 

Ujarnya lagi, beliau juga tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang buat individu yang cuba membuat tuduhan tidak berasas sehingga mencemarkan namanya.

“Saya juga akan mengambil tindakan kepada individu yang telah memfitnah dan menyebarkan tuduhan tersebut.

Tindakan susulan daripada pihak guaman akan dijalankan. 

Laporan kes ini kini dalam siasatan, saya tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga siasatan daripada pihak polis selesai.”

– Chacha Maembong

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Chacha didakwa mengusahakan perniagaan menggunakan dana daripada sumber yang mempunyai kaitan dengan aktiviti Macau Scam.

Malah, adik kepada pelakon Emma Maembong ini juga tidak terlepas dituduh terpalit dengan aktiviti tidak bermoral sehingga mampu meraih pendapatan lumayan.

Untuk rekod, SPRM sebelum ini mendedahkan terdapat kegiatan aktiviti pelacuran kelas atasan melibatkan golongan artis yang mampu meraih sehingga RM40,000 semalam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Video Panas, Pengurus Hun Haqeem Kenalpasti Penyebar, Tindakan Bakal Diambil

Henry Golding Dicanang Jadi Bintang Utama Filem ONE PUNCH MAN Versi Live-action