in , ,

Dituduh Jual Hadiah Siti Nurhaliza Ke Pajak Gadai, Aishah Luah Rasa Berang

Penyanyi Aishah baru-baru ini telah menerima hadiah kek daripada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza selepas dia berjaya menyampaikan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ di Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) Ke-35.

Aishah bagaimanapun menerusi laman Instagram miliknya telah meluahkan rasa berang terhadap komen seorang netizen yang menuduhnya akan menjual kek pemberian Siti ke kedai pajak gadai. Penyanyi lagu ‘Janji Manismu’ itu menyifatkan individu itu seolah menghinanya. 

Dituduh Jual Hadiah Siti Nurhaliza Ke Pajak Gadai, Aishah Luah Rasa Berang

Malah, komen yang diberikan oleh individu itu agak melampau dan seperti mahu reputasi dan maruahnya, ditambah pula menggelarkannya sebagai ‘artis sendu’. Tidak hanya berdiam diri, Aishah turut mendedahkan wajah individu tersebut di Instagram miliknya sebagai pengajaran. 

Dituduh Jual Hadiah Siti Nurhaliza Ke Pajak Gadai, Aishah Luah Rasa Berang

“Haaaa ini dia wajah orang menghina gitu sekali. Saya ni taklah singkek sangat hingga kek pemberian Tok Ti (Siti Nurhaliza) pun takut dibawa ke pajak gadai. Allahu,kerana pulut santan binasa. Tuan this is too much already, menjatuhkan reputasi dan maruah saya,” katanya. 

Dituduh Jual Hadiah Siti Nurhaliza Ke Pajak Gadai, Aishah Luah Rasa Berang

Dalam pada itu, Aishah turut meminta pendapat neitzen adakah patut dia bawa perkara ini ke mahkamah selain suaminya sendiri mahu bersemuka dengan individu tersebut. 

“What say you? Patut ke kita seret ke mahkamah orang ini sebagai pengajaran? Kepada tuan punya badan AB Rahim ni, ada satu permintaan, suami saya nak sangat bersemuka dengan awak,” tegasnya. 

Terdahulu, Aishah menerima pelbagai reaksi daripada netizen mengenai nyanyiannya sewaktu membawakan lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ oleh Siti Nurhaliza. Meskipun ramai yang memuji nyanyiannya namun, ada yang mengkritik persembahan Aishah kurang menyerlah. 

Dituduh Jual Hadiah Siti Nurhaliza Ke Pajak Gadai, Aishah Luah Rasa Berang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nasir Jani Melawan Lembaga Puaka, Antara Filem Menarik Pesta Filem FFF2020

Diarah Pakai Gelang Pink, Wany Hasrita Perlu Jalani Kuarantin 14 Hari Jadi Kontak Rapat Alif