in , , ,

Disember ini Tidak Bosan Dengan Kandungan Menarik di Dimsum Entertainment!

Bulan Disember cukup sinonim dengan sambutan Hari Natal. Sungguhpun sambutan Hari Natal di Malaysia tidaklah sedingin di negara-negara sebelah barat dengan kehadiran salji, namun, kemeriahannya tetap dirasai oleh kita semua. Justeru, bagi menambahkan kemanisan Hari Natal pada tahun ini, Dimsum Entertainment membariskan pelbagai kandungan menarik khusus untuk anda!

Terbangkan imaginasi anda dan kembali ke era 1960an di Thailand menerusi drama bersiri Repercussion. Dibintangi oleh beberapa bintang terkemuka Thailand seperti Mai Charoenpura, James Jirayu Tangsiruk dan Bella Ranee Campen, drama bersiri yang berkisar tentang drama kekeluargaan ini pasti menambat perhatian anda.

Bagi yang menggemarkan filem berbentuk dokumentari (doku-filem), jangan melepaskan peluang untuk menyaksikan Eye On The Ball. Diterbitkan oleh karyawan-karyawan kreatif R.AGE di bawah Star Media Group, doku-filem ini menyingkap tentang pasukan bola sepak yang mempunyai masalah penglihatan, Harimau Buta yang bekerja keras untuk ke Kejohanan Bola Sepak Buta Dunia.  

Disember ini Tidak Bosan Dengan Kandungan Menarik di Dimsum Entertainment!

Teristimewa untuk mereka yang gemarkan drama-drama dari China, saksikan pelbagai drama siri menarik seperti Fighter of the Destiny, Chinese Hero Zhao Zi Long, Love@SeventeenAdoptionBan Shu Legend menerusi kolaborasi antara Dimsum Entertainment dan MediaQuiz.

Sejak ditubuhkan di Hong Kong pada 2010, MediaQuiz telah mengedarkan lebih 1,500 episod drama bersiri ke pelbagai platform penstriman di seluruh Asia. Jadi, bersiap sedia untuk merasai pengalaman menonton drama bersiri dari negara China yang berbeza daripada sebelumnya!

Tidak sah membincangkan tentang kandungan hiburan Asia tanpa mempersembahkan drama bersiri dari Korea! Bulan ini, kami membawakan drama bersiri berjudul Oh! K – Find Me In Your Memory yang mengangkat kisah tentang lelaki yang mampu untuk mengingati setiap kejadian masa lampaunya dengan sangat jelas.

Selain drama-drama dan filem hebat, lengkapkan tahun 2020 dengan mempelajari perkara-perkara baharu seperti memasak, membakar kek dan roti, serta tip penjagaan kesihatan menerusi kandungan pendek yang tersedia secara percuma di Dimsum Entertainment!

Repercussion | 19 Episod | Thailand | Siri Lengkap

Drama, sengketa dan air mata. Mungkin tiga perkataan ini ampuh memberi gambaran terhadap Repercussion, drama bersiri yang cukup sarat dengan mesej dan pengajaran. Berlatar belakangkan tahun 1960-an, Repercussion mengisahkan tentang seorang pemilik kedai bernama Yoi dengan empat anak lelakinya. 

Yoi sebagai ketua keluarga percaya, apa yang dilakukannya adalah terbaik, terutama untuk masa depan empat cahaya mata kesayangannya – seperti mencarikan isteri yang baik untuk mereka. Bagaimanapun, karma datang menghambat keluarganya apabila tindakan Yoi memakan diri sendiri. 

Pelakon: Mai Charoenpura, Bella Ranee Campen, James Jirayu Tangsrisuk, Thakrit Tawanpong

Eye On The Ball | Doku-filem | Malaysia

Selepas membawa pulang emas pada Sukan Para ASEAN 2015, pasukan bola sepak Harimau Buta menyasarkan kejayaan yang lebih tinggi. Filem Eye On The Ball mengisahkan tentang percubaan pasukan Harimau Buta dalam melayakkan diri untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Buta Dunia. Namun, dalam masa yang sama, mereka terpaksa berdepan dengan masa depan yang masih belum tentu selepas gagal mengekalkan kejayaan pada Suka Para ASEAN 2017.

PelakonSunny Shalesh, Asri Arshad, Azwan Azhar, Rollen Maraki

Oh! K – Find Me In Your Memory | 32 Episod | Korea | Siri Lengkap

Si lelaki tidak mampu melupakan memori masa lampau, manakala si perempuan pula secara perlahan-lahan sedang hilang ingatan. Adakah kesukaran yang timbul ini bakal memberi halangan untuk mereka jatuh cinta?

Lee Jung-Hoon merupakan seorang pengamal media di sebuah stesen televisyen. Dia mempunyai masalah hyperthymesia (memori autobiografi yang sangat unggul) yang membolehkannya mengingati setiap hal yang berlaku sepanjang hayat. Sementara itu, Yeo Ha-Jin merupakan seorang model dan pelakon terkemuka yang hidup ‘bebas’ tanpa sebarang memori masa lampau. 

Selepas bertemu secara tidak sengaja, perasaan cinta antara dua individu unik ini mula bertaut.

PelakonKim Dong-Wook, Moon Ga-Young, Lee Joo-Bin, Kim Seul-Gi, Lee Joon-Hyuk

Disember ini Tidak Bosan Dengan Kandungan Menarik di Dimsum Entertainment!

Barangkali, filem bertemakan sambutan Hari Natal selalunya dilihat sebagai santai dan klise. Justeru, bagi menyuntik kelainan, apa kata saksikan seleksi filem daripada Dimsum Entertainment seperti One Day, Puppy Love, Romancing in Thin Air dan Quartet. Selain itu, anda juga boleh menyaksikan dua drama kegemaran anda iaitu My Husband In Lawdan The Heroic Journey of Nezha secara percuma! 

Selamat berhibur dan selamat menyambut Hari Natal untuk semua. Semoga barisan kandungan pada bulan ini dapat memberikan semangat dan inspirasi untuk anda melangkah dengan penuh semangat ke tahun baharu, 2021.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

Tentang Dimsum Entertainment

Dimsum Entertainment adalah perkhidmatan video-on-demand (VOD) Malaysia yang beroperasi di bawah SMG Entertainment Sdn Bhd, sebahagian dari The Star Media Group menawarkan kandungan Asia menerusi tontonan di aplikasi mudah alih, aplikasi televisyen serta halaman web.

Kandungan siaran dalam Dimsum Entertainment memfokuskan pada drama bersiri dan rancangan daripada rakan kongsi siaran terbaik di seluruh Asia.  Dimsum Entertainment telah memiliki kebenaran siar serentak dari China, Taiwan, Thailand serta Jepun. Kandungan siarannya termasuklah filem, drama, dokumentari, variasi, animasi serta kandungan kanak-kanak dari China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Korea Selatan, Singapura, Indonesia, Malaysia dan India.

Dimsum Entertainment yang kini boleh dilanggani di Malaysia, Brunei dan Singapura, menawarkan kandungan berdefinisi tinggi dengan tawaran akses sehingga ke 5 peranti serentak kepada pengguna, dengan pilihan muat-turun untuk tontonan luar talian. Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuklah kawalan ibu bapa serta sarikata dalam pelbagai bahasa. Dimsum Entertainment turut menyokong aplikasi Chromecast, Apple AirPlay, Samsung Smart TV dan Android TV.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Menambahbaik Daya Tahan Rangkaian & Memperluas Liputan 4G Seluruh Negara

Tonton Siri Animasi Korea SYNOSTONE Setiap Hari di TV Okey