in , , ,

Dipuji Kemas Terletak, Jurumekap Bongkar Rahsia Tudung Nikah Ayda Jebat Cantik

Majlis pernikahan yang cukup bermakna semestinya menjadi momen manis buat pembukaan tahun 2021 kepada pasangan Nabil Mahir dan Ayda Jebat.

Memilih tarikh 1 Januari 2021 sebagai hari diijabkabul sebagai suami isteri, Nabil dan Ayda terlihat sepadan ketika majlis menyarungkan cincin seusai majlis pernikahan ringkas di Masjid Negara.

Namun begitu, penampilan pelakon wanita terkenal itu yang anggun mengenakan sepersalinan busana bewarna putih diserikan lagi dengan lilitan tudung yang terletak kemas dan cantik seperti empunya badan.

Ayda Jebat Sah Jadi Isteri Kepada Nabil Mahir Dengan Sekali Lafaz

Ramai yang memuji penampilan Ayda serta kedudukan tudung jenis satin yang digayakannya kerana langsung tidak rosak sepanjang majlis.

Jadi, menerusi perkongsian daripada seorang jurumekap terkenal, Datuk Alha Alfa di Instagramnya, beliau telah membuka satu rahsia berkenaan tudung yang digayakan oleh penyanyi itu.

Menurutnya, umum sedia maklum jenis tudung dari kain satin memang agak sukar dibentuk, jadi beliau menggunakan spray rambut yang biasa dipakai olehnya untuk membentuk tudung terbabit.

Hasil daripada experiment tersebut, tudung Ayda Jebat berjaya dibentuk kemas dan mendapat pujian ramai kerana mengakui kain jenis satin silk ini amat susah dibentuk kerana bersifat licin.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet terutamanya kaum wanita telah meninggalkan komen diruangan Instagram jurumekap terbabit.

Masing-masing berasa teruja bila mengetahui ada cara lain selain menggunakan spray tudung seperti kelazimannya jika berada dalam situasi terdesak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizi Kirana Mohon Netizen Sabar, Perlu Masa Untuk Delete ‘Gambar Seksi’

Penyanyi Ai Wahida Dedah Disihir, Ini Barang Yang Keluar Dari Mulut Ketika Rawatan