in , ,

Didesak Letak Jawatan Gara-gara Gagal Selesaikan Isu Agihan Royalti, Ini Reaksi Sheila Majid

“Saya hanya keluarkan kenyataan selepas siasatan selesai.” – Datuk Sheila Majid

Itu reaksi Pengerusi Recording Performers Malaysia (RPM), Datuk Sheila Majid berhubung kontroversi desakan meletakkan jawatan atas dakwaan gagal menyelesaikan isu agihan royalti ahli, yang diperkatakan sejak minggu lalu.

Sheila yang mula mengetuai RPM sejak 2012 memberitahu, buat masa ini, beliau lebih selesa mengambil sikap ‘mengunci mulut’ kerana tidak mahu mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sejak beberapa hari lalu.

Didesak Letak Jawatan Gara-gara Gagal Selesaikan Isu Agihan Royalti, Ini Reaksi Sheila Majid

“Saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segala maklumat serta dokumen berkaitan yang diminta, sudah diserahkan.

“Jika ada perkara berbangkit yang menuntut penjelasan lanjut, mereka akan menghubungi saya.

“Sekarang, saya hanya menunggu tindakan lanjut mereka (SPRM). Hanya selepas siasatan selesai, barulah saya bersedia mengulas segala kemelut yang berlaku,” katanya kepada

– Sheila Majid

Baru-baru ini, industri seni kecoh apabila Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez mendakwa Sheila gagal dalam menjalankan tugas dalam mengagihkan royalti ahli RPM.

Kemelut itu semakin memuncak apabila SPRM campur tangan dengan menyiasat tiga badan kutipan royalti iaitu Music Authors Copyright Protection (MACP) Berhad, Public Performance Malaysia (PPM) Sdn Bhd dan RPM.

Operasi dibuat berdasarkan laporan dikemukakan Freddie yang juga Ahli Panel Penasihat SPRM dalam perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, bulan lalu.

*Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tidak Perlu Batal Acara Hiburan, Aina Abdul Harap Nasib Anak Seni Terbela

Hati-Hati! Ada Senarai Kedai Dalam Talian Jual Telefon Pintar POCO M3 Yang Tak Original