in , ,

Dia Menipu! Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang

Kisah kontroversi pelakon Alya Iman yang didakwa menjadi perosak rumah tangga semakin meruncing apabila seorang individu yang mengaku sebagai ahli keluarga tampil mendedahkan situasi sebenar.

“Dia Menipu!” – Alya Iman Didakwa Tak Pernah Bertunang, Individu Mengaku Ahli Keluarga Buka Mulut… 

Individu yang memperkenalkan dirinya sebagai kakak kepada Alya memberitahu, bahawa kenyataan yang dikeluarkan adiknya itu sama sekali tidak benar.

"Pergi Kelab Malam Siap Buka Tudung," - Isteri Mula Pecah Rahsia Sebenar Alya Iman

“Assalamualaikum, Hi Penny. Saya tak tahu nak mula di mana..saya Lia, kakak kepada Alya.

“Semua kenyataannya tidak betul. Kami semua tak pernah setuju dengan perhubungannya sejak dari awal lagi. Saya tidak menghadiri pun majlis yang kononnya sambutan ulang tahun kelahiran apabila mengetahui suami anda akan berada di sana.

“Tiada majlis pertunangan. Apa yang saya dengar, suami awak melamarnya pada malam itu, itu sahaja. Dia menipu!,” dakwa individu tersebut menerusi kiriman mesej peribadi (DM) kepada isteri bekas kekasih Alya, Penny Salman.

Perkara itu kemudian dikongsikan Penny menerusi ruangan Instagram Story.

Dedah Lia lagi, Alya didakwa memang seorang yang sukar dikawal selain sering mengenepikan keluarga.

“Sebagai keluarga, kami tak pernah dimaklumkan tentang apa-apa. Dia seorang yang sukar dikawal, sampai kami sebagai ahli keluarga tak tahu nak buat apa dah. Dia tak pernah dengar nasihat kami

“Alya membuat keputusan tanpa sebarang pengetahuan keluarga. Alya tak pernah peduli apa yang keluarga beritahunya. 

“Ini bukan pertama kali Alya melarikan diri daripada keluarga dan melakukan satu perkara tanpa sebarang penjelasan kepada ahli keluarga.

“Kami sekeluarga memang tak nak terlibat dengan apa sahaja salah lakunya lagi,” dedah Lia.

Bagaimanapun, Penny memberitahu, dia tidak boleh mendedahkan identiti akaun Instagram individu berkenaan.

Astro Gempak cuba mendapatkan kenyataan lanjut daripada Alya, namun gagal apabila dia tidak menjawab sebarang mesej dan panggilan.

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Unik Ernie Zakri dalam Video Muzik BONEKA Curi Tumpuan

Ini Punca Video Dipadam, Sugu Pavithra Tak Nak Ada kaitan dengan YouTube