in , , ,

Di Sebalik Tabir Muzik Video KUASA CINTAMU, Siti Nurhaliza Perlu Bersiap Sekelip Mata

Muzik video Kuasa Cintamu nyanyian penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini menjadi bualan hangat warganet hari ini. Manakan tidak, baru sahaja disiarkan semalam, muzik video ini telah meraih hampir 250 ribu tontonan!

Aura dan penangan penyanyi nombor satu negara yang mana peminatnya lebih gemar mengelarkannya TokTi ini masih berbisa dan pastinya bakat insan seni ini cukup dikagumi ramai. Menerusi muzik video Kuasa Cintamu dari Tokti ini memaparkan perjalanannya sebagai penyanyi dari awal hinggalah kini bergelar isteri dan ibu.

Di Sebalik Tabir Muzik Video KUASA CINTAMU, Siti Nurhaliza Perlu Bersiap Sekelip Mata

Di Twitter, seorang pengguna media sosial tersebut berkongsikan rakaman pendek di sebalik tabir muzik video Kuasa Cintamu ini. Dia turut memaklumkan pengambaran muzik video ini dihasilkan dengan rakaman secara sekali rakam sahaja untuk keseluruhan urutan MV.

Ini pula perkongsian video di sebalik tabir muzik video Kuasa Cintamu yang dimuat naik menerusi laman Twitter @IniAlann:

Perkongsiannya ini telah meraih lebih 171 ribu tontonan dan 4,400 retweets serta 8 ribu likes. Rata-rata warganet turut teruja teknik rakaman pengambara muzik video yang digunakan ini. Mereka meninggalkan reaksi tersebut di ruangan komen seperti berikut:

Di Sebalik Tabir Muzik Video KUASA CINTAMU, Siti Nurhaliza Perlu Bersiap Sekelip Mata
Di Sebalik Tabir Muzik Video KUASA CINTAMU, Siti Nurhaliza Perlu Bersiap Sekelip Mata
Di Sebalik Tabir Muzik Video KUASA CINTAMU, Siti Nurhaliza Perlu Bersiap Sekelip Mata

Buat yang masih belum menyaksikannya boleh layan muzik video di bawah ini:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Siri The Umbrella Academy, Elliot Page Umum Tukar Jantina Kepada Lelaki

Hashtag #StandWithDaiSyed Timbul Trending, Dipergunakan Oleh Peminat K-Pop?