in

Di Sebalik Anugerah Juara Lagu 25 di TV3 Malam Ini

Sememangnya Anugerah Juara Lagu ke-25 ini meninggalkan satu impak kepada sejarah penganjuran di mana lagu yang dinobatkan sebagai juara telah dipertikaikan oleh kebanyakan penonton.

Malah, sebaik sahaja pemenang diumumkan, sebahagian penonton di Stadium Putra telah meninggalkan kerusi masing-masing. Selain diboo penonton, keputusan kali ini agak memeranjatkan sesetengah pihak terutama wartawan dan pemerhati dunia hiburan.

Promo AJL25

Sehingga kini, masih ada lagi komen-komen dan kritikan yang dilontarkan di Twitter dan Facebook tentang AJL25. Kalau tak percaya, korang boleh cari sahaja hastag #AJL25 di Twitter.

Pada malam ini, TV3 akan membawakan DI SEBALIK AJL25 yang akan bersiaran langsung dari Sri Pentas pada jam 11 malam – 12 tengah malam. Program khas berbentuk bual bicara ini akan menampilkan pemenang AJL25 iaitu Ana Raffali dan Meet Uncle Hussain yang akan menceritakan tentang kemenangan mereka.

Selain itu, penerbit AJL2, Gbam akan menjawab persoalan tentang kelancaran serta segala tentang penganjuran AJL25 dan juga ketua juri iaitu M.Nasir dijemput pastinya akan menjawab beberapa persoalan yang berbangkit tentang pemilihan pemenang yang dikatakan tidak tepat pada kaca mata penonton.

Buat pertama kalinya juga, Budiey dijemput untuk mengutarakan pandangan dan kritikan tentang AJL25 kali ini bersama dengan pengarang hiburan Berita Harian iaitu Zainuri Misfar.

Jadi, jangan lupa untuk menonton DI SEBALIK AJL25 yang diterbitkan oleh Nas Ahmad.

Me & @anaraffali sebelum masuk studio Di Sebalik Juara Lagu 25

Me & @AwalAshaari sejurus slps siaran langsung Di Sebalik Juara Lagu 25

First time dpt borak dgn Sifoo M.Nasir. Dia ada aura seni & sgt serius

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Sakti Delima Ditunda Buat Sementara

Orkestra RTM dalam Malaysia Book of Records