in

Detik 12 Malam Bongkar Kisah Misteri

DETIK 12 MALAM BONGKAR 13 MISTERI MENYERAMKAN DI TV1
Dalam kerancakan pawagam di seluruh negara menyiarkan filem-filem bergenre seram, Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut berkongsi menghidangkan drama rantaian juga mengenengahkan genre sama, Detik 12 Malam yang pastinya mampu membuatkan penonton dibuai perasaan seram dan mengujakan dengan 13 episod yang berbeza.

Menariknya isu-isu yang diangkat begitu dekat dengan masyarakat kita yang sememangnya gemarkan perkara-perkara dianggap mistik sebegini. Mereka teruja mahu mengetahui apakah dan daripada manakah makhluk-makhluk ghaib ini muncul.

Antara Babak Dalam Siri Detik 12 Malam

Dijayakan watak-watak utamanya oleh Ridzuan Hashim, Eva Emanynna, Ika Zulkifli, Mubarak Majid, Nor Amisah Abdullah, Khairil Anwar, Mohan Thangiah dan Anne Abdullah, Detik 12 Malam bakal ‘menghantui’ penonton mulai 8 Januari ini, setiap Sabtu, jam 11.30 malam menerusi TV1.

Mengisi slot Bakawali, drama bersiri seram Detik 12 Malam bermula dengan episod Pak Nasir yang mengetengahkan kehidupan Tina yang bekerja sebagai seorang penyunting video disebuah syarikat perfileman. Kehidupan Tina berubah setelah dia berkenalan dengan lelaki tua penjaga stor bernama Pak Nasir di dalam stor simpanan barangan props.

Secara tak sengajanya Tina terambil alat kawalan jauh milik Pak Nasir. Alat kawalan jauh televisyen itu merupakan sesuatu alat yang aneh. Bagi mendapatkan latarbelakang alat itu beliau menjadi semakin rapat dengan Pak Nasir yang penuh dengan cerita misteri. Pada masa yang sama juga, Tina sedang mencari idea dalam menghasilkan skrip serita seram yang bertajuk Detik 12 Malam. Tanpa disedari Tina, Pak Nasir mempunyai misteri dirinya sendiri.

Kepada kaki pancing usah ketinggalan menyaksikan tajuk Joran yang membongkar misteri joran dimiliki lelaki bernama Harun. Joran milik Harun mampu membuatkannya mengaut keuntungan besar.

Antara Babak Dalam Siri Er Hu

Situasi itu membuatkan Latif cemburu dan mula menyiasat. Dia kemudiannya mendapati Harun membela hantu. Kerana sikap tamak menguasai diri, dia kemudiannya membunuh Harun. Cubaannya berjaya namun akhirnya dia terperangkap kerana hantu yang menjaga joran tersebut telah mula menagih darah hasil tangkapan seperti mana yang selalu Harun lakukan sebelumnya. Latif semakin hanyut dengan memancing ikan.

Detik 12 Malam turut berkongsi misteri Wayang Tok Woh kisah pemain wayang kulit yang merantau dan kemudiannya kemarahan Tok Woh pada Nik bertambah kerana Nik begitu teruja dengan kedatangan mesin yang lebih menarik dari wayang kulit sebagai bahan tontonan baru. Masa berlalu dan Nik kini menjadi perantau yang membawa tontonan wayang dari sebuah negeri ke negeri yang lain.

Dia juga mempunyai pembantu, Alias yang membantunya mengendalikan mesin projektor. Semakin Nik berjaya dengan kehidupannya sekarang, semakin dekat dia dengan masa silamnya. Akhirnya mereka tiba ditempat dimana mempunyai sejarah NIk dan Tok Woh yang tidak diketahui Alias.

Antara lain yang menarik termasuklah kisah Dompet dimana Muthu, pekerja kedai menjual barangan pengebumian. Detik kehidupannya berubah setelah dia mengambil barangan kepunyaan simati iaitu dompet yang mempunyai RM500 di dalamnya.

Apabila dibelanjakan pun, duit itu tetap bertambah menjadi seperti nilai asalnya. Muthu mula semakin seronok dan mengabaikan kerjanya. Dia kemudiannya mengalami kejadian-kejadian pelik dan selalu didatangi oleh simati yang mana dompetnya diambil oleh Muthu.

Kisah misteri yang timbul disebalik pengabaian ibu terhadap anak-anak pula menerusi tajuk Telefon dimana watak kanak-kanak bernama Maisara yang gemar berbual dengan arwah neneknya menggunakan telefon mainan. Situasi itu membuatkan ibunya marah dan menganggap Maisara memerlukan bantuan pakar psikologi. Yasmin mengalami mimpi-mimpi pelik. Dia cuba untuk meluangkan masa dengan Maisara lalu membawanya bermain di taman permainan. Lalu kejadian tidak diingini berlaku.

Manakala tajuk GPS pula mengisahkan Suria yang menggunakan kemudahan GPS yang ada didalam kereta syarikat untuk memudahkannya bergerak tanpa menyedari GPS itu sebenarnya sangat berbeza dari GPS biasa. Pada satu hari, anaknya Eiza telah hilang dan Suria mula mengesyaki sesuatu. Lalu dia menggunakan GPS itu untuk menjejaki Eiza.

Usah ketinggalan juga mengikuti beberapa tajuk lain yang menarik termasuklah misteri Er Hu, alatan muzik milik Tantiana yang mencetuskan persoalan sehingga kejadian tidak dingini berlaku.

Kunci pula kisah Rahman yang cuba membongkar misteri hotel berhantu dengan curi-curi memasuki hotel tersebut. Manakala Mesin Taip pula kisah seram mesin taip lama yang tersimpan di dalam almari.

Amelia menyedari mesin taip itu mempunyai kuasa ajaib apabila sesuatu yang buruk berlaku pada Puan Siva. Lalu dia mula menaip setiap permintaan yang diinginkan. Masa berlalu dan setiap satu permintaannya ditunaikan tetapi hanya yang buruk ditunaikan.

Selebihnya saksikan juga tajuk-tajuk yang mendebarkan seperti Jaket, Selendang, Kayu Pancang dan akhirnya kesinambungan episod pertama dimana kisah Tina yang menjadi semakin celaru dan dia lebih mengalami mimpi-mimpi dan halusinasi yang kerap. Pergaduhan akibat kerja dengan Anis telah merenggangkan hubungan mereka dan ini menjadikan Tina semakin rapat dengan Pak Nasir. Perubahan sikap Pak Nasir yang semakin lama semakin tidak dapat dikawal membuatkan Tina menjadi takut pada sikap Pak Nasir. Tanpa disangka, kekeliruan watak Pak Nasir telah mengakibatkan tragedi berdarah. Kongsikan kisah-kisah misteri ini menerusi drama bersiri Detik 12 Malam hanya di TV1.

Antara Babak Dalam Siri Wayang Telefon

Antara Babak Dalam Siri Wayang Tok Woh

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Eksplorasi Gunung Pertama Malaysia

Tipu Muslihat Jim Carrey dalam Lemony Snicketts