in

Desperate Housewives Season 4 @ 8TV

Wanita-Wanita Wisteria Lane Kembali dengan lebih Drama, Suspen dan Pembohongan!

Adakah anda mengetap bibir untuk mengetahui kesudahan kisah cubaan membunuh diri oleh Edie pada episod terakhir musim yang ketiga? Jangan khuatir kerana semua kerisauan anda kini berakhir apabila Edie akan kembali bersama wanita-wanita Wisteria Lane yang lain – Susan, Lynette, Breed dan Gabrielle dalam musim yang keempat!

Dipenuhi dengan lebih situasi yang merumitkan, drama, suspen dan juga pembohongan, Desperate Housewives (Musim ke 4), akan kembali menemui para penonton setianya pada setiap hari Selasa, jam 10.30 malam bermula 25 Mac 2008 eksklusif di 8TV!

Pengurus Besar Penjenamaan Kumpulan di 8TV, Cik Airin Zainul berkongsi kegembiraannya untuk siri yang akan datang, “Wanita kegemaran anda kini kembali! Melalui pelbagai plot yang menarik, Desperate Housewives (musim keempat) menjanjikan anda lebih drama dan suspen yang pastinya akan membuatkan anda tidak berganjak dari tempat duduk. 8TV sangat teruja dan berbangga membawakan anda rancangan terbaik Hollywood dan berharap agar anda akan terhibur sepanjang musim terbaru ini,”

Hampir empat tahun dari peristiwa Mary Alice Young (Brenda Strong) membunuh diri telah berlalu. Namun, dia masih terus memerhatikan jiran-jirannya dari tempat persemadiannya dan berkongsi bersama rahsia setiap rumah kenalan rapatnya melalui penceritaan. 

Musim ini dimulakan dengan kisah Edie yang terdesak sehingga mengakibatkan dia terpaksa memalsukan cubaan membunuh dirinya sendiri semata-mata untuk mendapatkan kemaafan dari Carlos. Carlos yang bimbangkan akan keselamatan Edie terpaksa melupakan rancangannya untuk melarikan diri bersama bekas isterinya Gabrielle kerana dia merasa bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku ke atas Edie. 

Sementara itu, Gabrielle yang merasa kurang gembira dengan perkahwinan barunya dan sekaligus marah dan kecewa dengan keputusan Carlos memilih untuk terus bersatu dengan suami barunya, Victor (John Slattery). Walau bagaimanapun, Victor yang telah mengetahui tentang hubungan sulit isterinya mengambil keputusan untuk bersemuka dengannya semasa menjalani percutian di atas bot.  Ketika sedang bersemuka, Gabrielle yang khuatir Victor akan menembaknya, naik panik lantas memukul kepala suaminya dengan kayu sehingga menyebabkan suaminya terjatuh dari bot. 

Manakala, Susan yang akhirnya berkahwin dengan Mike Delfino mendapati Mike tidak segembira dirinya. Apabila mendapati dia berkemungkinan berhadapan dengan fasa ‘putus haid’, Susan menjadi lebih beremosi dalam perhubungannya dengan Mike. 

Selepas mengetahui dirinya disahkan menghidap penyakit kanser, Lynette Scayo merasakan yang dia tidak lagi boleh merahsiakan penyakit yang dihidapinya dari pengetahuan rakan-rakannya. Tiada siapa yang tahu bahawa dia memakai rambut palsu melainkan Tom dan ibunya Stella. Lynette yang berasa penat untuk terus berahsia akhirnya membongkarkannya kepada semua orang. 

Bree Hodge yang mendapat tahu anak perempuannya mengandung, mengambil keputusan untuk berpura-pura mengandung bagi mengelakkan orang lain dari mengetahui kebenaran sebenar.  Dia akhirnya sedar bukan mudah berhadapan dengan pelbagai halangan dan rintangan.

Walau bagaimanapun, misteri utama bagi musim ini melibatkan sebuah keluarga yang pulang semula ke Wisteria Lane selepas 12 tahun. Katherine Mayfair (Dana Delaney) kembali ke Wisteria Lane dari Chicago bersama suami barunya, Adam (Nathan Fillion) dan anak perempuannya, Dylan (Lyndsy Fonseca).

Kathrine gembira dapat bersama dengan sahabat lamanya Susan dan memberitahu tentang kepulangannya ke Wisteria Lane ialah untuk menjaga makciknya, Lillian yang sakit tetapi perbualan rahsia bersama suaminya menyatakan sebab yang berlainan. 

Musim yang keempat ini menjanjikan lebih banyak drama, misteri, pembohongan, percintaan dan juga komedi! Marc Cherry (“The Golden Girls”) merupakan penerbit eksekutif yang juga merupakan pencipta siri ini. Desperate Housewives diterbitkan oleh Touchstone Television dan juga merupakan pemenang bagi Golden Globe Award untuk Siri Rancangan TV Terbaik tahun 2005 dan 2006 bagi kategori – Komedi atau Muzikal. 

Adakah Carlos akan mengetahui kebenaran mengenai pemalsuan cubaan membunuh diri Edie? Apa yang terjadi kepada Victor? Bagaimana Lynette akan memberitahu semua orang tentang kesakitan yang dihidapinya? Adakah Bree dapat merahsiakan kebenaran dari pengetahuan semua?

Untuk mendapatkan jawapan kepada soalan anda, jangan lupa menyaksikan Desperate Housewives pada setiap Selasa pada jam 10.30 malam hanya di 8TV atau di saluran 708 Astro!

[tags]Desperate Housewives, heroes Season 4, stesen 8TV UHF, Lynette Scayo, Marc Cherry, 708 Astro, Dana Delaney nude, pilihan raya, proton saga baru, Lyndsy Fonseca, Nathan Fillion, bree, bra anne halfway, prince william, hong kong actress gossip[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Advertorial: Roadtour DiGi & Filem Duyung di Pawagam 6 Mac Ini!

Gambar Anak Aznah Hamid Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar & BF