in

Demam Bola di Coca-Cola Collectors Fair 2018

Orang ramai dijemput menjamu mata di Coca-Cola Collectors Fair tahunan di mana hampir 70 pengumpul dari 13 negara akan berhimpun untuk mempamer, menukar dan menjual pelbagai barangan Coca-Cola. Tema tahun ini segalanya mengenai bola sepak dalam keterujaan menantikan Piala Dunia FIFA Russia 2018 pada bulan hadapan.

Menerusi jalinan hubungan sekian lama jenama ini bersama FIFA sejak 1974, ia bakal menyaksikan pameran himpunan barangan Coca-Cola daripada pelbagai acara FIFA.

Viva football at this coming Coca-Cola Collectors Fair

Bersama-sama pengumpul dari Malaysia, ia turut disertai peminat dari Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina, China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Korea, Jepun, Sepanyol dan Perancis, edisi kelapan Coca-Cola Collectors Fair menjanjikannya sebagai acara antarabangsa yang tersendiri.

Sama ada anda peminat Coca-Cola atau bola sepak, kunjungi pesta yang menyeronokkan ini bersama rakan-rakan dan keluarga. Terdapat permainan yang membolehkan anda memenangi barangan terkumpul edisi terhad Coca-Cola.

Untuk menjamu selera dan menghilangkan dahaga, singgah di gerai Wendy’s untuk mendapatkan tawaran istimewa ayam goreng rangup dan kon Frosty, selain diskaun hebat disediakan oleh Hero Market apabila anda membeli pelbagai jenis minuman daripada Syarikat Coca-Cola.

Acara Coca-Cola Collectors Fair akan diadakan pada Sabtu 12 Mei 2018 di LG Concourse, Berjaya Times Square – penaja rasmi venue – mulai jam 10.00 pagi – 8.00 malam.

Sejak 2011, Coca-Cola Collectors Fair di Malaysia diadakan setiap tahun sempena Hari Pengasasnya di mana Coca-Cola pertama kali diperkenalkan pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Amerika Syarikat.

The Fair drew hundreds of Coca-Cola lovers

Some of the collections on display in previous years

Coca-Cola FIFA World Cup Brazil 2014 mini alluminium bottles commemorative set

Celebrate all things football at this year's Coca-Cola Collectors Fair

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KEMPEN WARNER MUSIC MALAYSIA SEMPENA PRU14

Lapan Pengalaman Extravaganza Budiey di Marina Bay Sands