in ,

Dekati Muslim Eropah Dalam Travelog Muslim Footstep

Perjalanan hos, Anwar Afiq mengembara ke beberapa buah negara pastinya dapat membantu pelancong yang ingin mengunjungi Eropah tanpa mengira sistem kepercayaan dan juga dilihat sebagai travelog mengenai kehidupan rakan-rakan Muslim di Eropah.

Travelog berbahasa Inggeris yang disampaikan dalam 13 episod diberi tajuk “Muslim Footstep” ini disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mulai 30 Julai ini, setiap hari, pukul 6.00 petang menerusi saluran TV Okey. 

temu bual dalam Muslim Footstep

Episod 1

Hos melawat tempat-tempat menarik di Budapest, Hungary seperti Parliament Liberty Statue atau Patung Kebebasan, Gallert Hill dan Zelo Kilometre.

Episod 2

Lokasi dikunjungi Museum of Fine Art, monument of shoes dan Jambatan Rantaian Szechenyi di Budapest, Ibu Kota Hungary.

poster Muslim Footstep

Episod 3

Hos ke Vienna, melawat Vienna Hofburg Palace, Anker Clock dan Vienna State Opera.

Episod 4

Lokasi seterusnya di Munich, Jerman untuk mengenali adat dan budaya, makanan tradisi dan sosial di sekitar Munich.

Episod 5

Hos melawat tinggalan istana lama, dan stadium terbesar di Munich, Jerman.

Episod 6

Hos ke Jerman melawat Imperial Castle, Nuremberg dan St. Lorenz (gereja).

Episod 7

Hos ke Frankfurt, Jerman melawat ke menara, pasar karat terpanjang, melawat Masjid Abu Bakar dan menaiki cruise sekitar Frankfurt.

Episod 8

Perjalanan Anwar Afiq ke negara Jerman, mengenali budaya, masyarakat dan melawat Bandar Cologne.

sesi temu bual dalam salah satu episod di Jerman

Episod Akhir

Perjalanan hos ke Amsterdam mengunjungi lokasi Amsterdam Canal, Central Station, Flower Market, Fatih Mosque, Albert dan Dam Square. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Faizal Tahir Jadi Payung Terjun FML

Filem-Filem Hebat Kini Bersedia ke Layar Perak