in , ,

Dedikasi Hazama Dalam Video Muzik Rasmi PENEMAN

Walaupun sudah hampir dua bulan berlalu sejak drama tersebut tamat siarannya, namun “Peneman”masih kekal tersenarai dalam Top 20 carta ‘TOP 40 HOT’Hot FM.

Malah video audio rasmi “Peneman” yang dimuatnaik di saluran YouTube Nova Music Videos sejak 8 Mac lalu masih menjadi tontonan peminat dan sudah pun mencatat lebih daripada 2 juta tontonan. Ternyata permintaan masih tinggi buat lagu ini, malah rata-rata peminat turut menyatakan sudah tidak sabar menantikan kemunculan video muzik rasmi lagu tersebut. Tonton di SINI: https://youtu.be/gCMOGyEIbEs

Bagi memenuhi permintaan peminat dan meneruskan lagi momentum kejayaan singletersebut, Hazama kini muncul dengan video muzik rasmi “Peneman”. Dalam video muzik rasmi ini, Hazama sekali lagi menggunakan khidmat Irwan Rauf sebagai pengarah.

Peneman Hazama

Irwan merupakan bekas Penerbit Eksekutif Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9), musim di mana Hazama dinobatkan sebagai Juara AF9. Hazama nyata selesa bekerjasama dengan Irwan yang sebelum ini juga pernahmengarah video-video muziknya yang terdahulu seperti ‘Cinta Teragung’, ‘Penglipur Lara’, ‘Aku Bukan Dewa’ dan ‘Malaikat’. 

Apa yang menarik tentang video muzik rasmi “Peneman” ini adalah Hazama turut menggunakan ruang visual ini dalam memberikanpenghormatannya kepada seorang sahabat yang disifatkannya sebagai salah seorang peneman setianya di atas pentas selama ini.

Dedikasi khas ini dibuat sebagai tanda ingatan buat Allahyarham Wan Kelly Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Kelly yang menemui Illahi pada 4 Mei lalu. Pemain bass terkenal tanahair ini merupakan salah seorang ahli yang mengganggotai band pengiring Hazama, yang dikenali sebagai ‘The Penglipur Lara’.

Video muzik rasmi “Peneman”yang mampu menyentuh hati penonton ini boleh mula ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos pada 25 JUN 2019jam 3:00 petang.

“Peneman” merupakan singlepertama Hazama sejak bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn Bhd.  Lagu ini merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer terkenal Tam (Spider). 

“Peneman”  merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn Bhd. Singleini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify,  Apple Music, Joox,  KKBox , Deezer dan iTunes bermula 12 APRIL 2019.

Manakala video muzik rasmi “Peneman”  boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos bermula 25 JUN 2019 jam 3:00 petang.

Peneman Hazama
Peneman Hazama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Tentang Drama THE PROMISE di 8TV

Ujang Exists Muncul Dengan Stick Drum Siri Signature Promark