in

Dazrin Jawab Gosip Tidak Berdisiplin & Tamak

Pelakon Dazrin Kamaruddin terkejut dituduh tidak berdisiplin dalam kerjaya seni dan bersikap tamak apabila mengambil banyak tawaran kerja dalam satu-satu masa seperti yang didakwa beberapa pihak. Melalui Mstar Online hari ini, Dazrin agak terperanjat membaca laporan pada ruangan pojok sebuah akhbar yang menuduhnya bersikap sambil lewa dalam kerja selain mempersoalkan penulis ruangan itu yang tidak mendapatkan penjelasannya sebelum melaporkan berita.

“Dalam gosip tersebut saya dikatakan tidak berdisiplin kerana sikap saya yang kononnya tidak menepati masa sehingga mengganggu jadual produksi. Malah saya dikatakan tamak kerana mengambil projek yang banyak dalam satu-satu masa. Pertama sekali, saya bukanlah pelakon yang mampu bekerja dalam produksi yang banyak serentak. Sepatutnya penulis gosip itu tanya saya dahulu kerana apa yang berlaku antara saya dengan produksi sebelum ini ada salah faham, serta pengurusan kerja yang tidak betul. Pada asalnya saya hanya mahu membantu produksi tersebut kerana mereka terlalu mahukan saya mengacara program itu walaupun saya dah beritahu yang saya sedang sibuk dengan penggambaran drama Cinta Pandang Kedua.”

Tambah Dazrin, selepas dirayu beberapa kali, atas dasar kasihan dan penerbit itu juga merupakan rakannya, dia menerima tawaran itu dengan syarat dia hanya boleh menjalani penggambaran pada setiap Sabtu sahaja. Namun katanya, lain pula yang terjadi apabila jadual penggambaran program tersebut yang dilakukan di luar kawasan Kuala Lumpur sering diubah sehingga menjejaskan masanya untuk penggambaran Cinta Pandang kedua.

“Saya malas nak cerita panjang kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan pun. Tetapi apabila sudah menjadi bahan berita, ia sudah memberikan pandangan yang pelbagai terhadap orang yang membacanya. Produksi itu tidak tahu bagaimana kelam kabutnya saya mengejar masa untuk memenuhi permintaan mereka yang sentiasa bertukar jadual. Apabila kita berbuat baik, dipijaknya pula.”

Dazrin sangat kesal dengan apa yang berlaku kerana segala berlaku kerana salah faham semata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lee Kwang Soo Running Man Tiba di KLIA Malam Ini

Keterujaan Budiey Menanti Filem The Amazing Spider-Man 2