in , , , ,

Walaupun Dayang Nurfaizah Batuk, Tapi Tetap Berikan Terbaik di Konsert Minggu Ini

Tampil berkolaborasi dan bergabung vokal bersama sahabatnya Hael Husaini yang serasi dulu, kini dan selamanya, Dayang Nurfaizah tetap mahu mencuba dan menyampaikan rangkaian lagu-lagu di Konsert Minggu Ini yang berlangsung semalam, 7 Mac di Auditorium Perdana, Wisma TV Angkasapuri. Menurut pemilik vokal R&B dan soul itu, dia mengalami sakit tekak dan batuk-batuk sejak beberapa hari lalu. Nasib baik tidak demam.

SWEET SANGAT! Mungkin Sebab Ini Dayang & Hael Semakin Serasi? Temubual Penuh di Konsert Minggu Ini: https://youtu.be/-AM4UjiF7_k

Tonton video penuh temubual Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini bersama media:

Rata-rata peminat yang hadir di Konsert Minggu Ini Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini begitu teruja dan seronok apabila kedua penyanyi ini menghiburkan dengan lagu-lagu duet popular mereka seperti HARI INI dan HARAM. Penonton turut sama menyanyi secara berjemaah demi membantu dan memberi support untuk Dayang.

Manakala ada juga lagu-lagu lain yang dinyanyikan seperti lagu mash up VROOM & INGIN KU MILIKI dan MULANYA DI SINI. Apabila ditanya kenapa memilih lagu MULANYA DI SINI, Dayang secara berseloroh mengatakan lagu itu adalah senang bagi mereka.

Dengan persembahan yang begitu vass semalam, menjadikan tanda pagar Haeyang masih lagi relevan dan peminat juga masih lagi menggunakan hashtag itu di laman sosial. Bagi Dayang pula, semakin lama beliau merasakan begitu serasi untuk bergabung vokal bersama Hael Husaini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Asyraf Nasir Juara RapStar ERA

Ambil Gambar Muka Buruk, Aprena Manrose Tak Marah Arwah Abam