in , , ,

Hael Husaini & Misha Omar Berdepan Masalah Teknikal di AME 2019

Penyanyi Dayang Nurfaizah yang juga kawan rapat kepada Hael Husaini berpendapat tiada penyanyi yang mahu melakukan kesalahan dengan sengaja dalam persembahan yang dilakukan.

Menuudia memahami keadaan penyanyi Misha Omar dan Hael Husaini yang berhadapan dengan masalah teknikal ketika malam kemuncak Anugerah MeleTOP 2019 (AME2019) pada Ahad lalu.

“Tak akan ada mana-mana penyanyi sengaja nak lakukan kesalahan pada setiap persembahan mereka. Sudah pasti semua penyanyi mahu beri yang terbaik.

“Apabila melihat persembahan Misha dan Hael pada malam itu, saya simpati dan faham sangat keadaan mereka ketika itu. Situasi yang tidak mengizinkan di mana mereka berdua berhadapan dengan masalah teknikal.

“Bukan mereka sengaja nak lakukan kesalahan. Lagi-lagi di atas pentas yang besar. Perkara yang tidak dijangka boleh berlaku,”

– Dayang Nurfaizah

Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah merangkul kategori Grup/Duo MeleTOP di AME 2019.

Penyanyi lagu Lelaki Terangung itu ditemui media ketika persembahan Minggu Setiausaha AG, di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa.

“Bagi saya, ia sangat tidak adil apabila anda (netizen) mengecam dan menghukum mereka berdua tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku serta masalah yang dihadapi di atas pentas.

“Sebenarnya saya sendiri pernah lalui pengalaman dan situasi yang sama. Saya berhadapan dengan masalah teknikal ketika sedang membuat persembahan.

“Kita nak buat yang terbaik untuk peminat namun kadang-kadang tak semua perkara yang kita nak lakukan boleh jadi sempurna,”

– Dayang Nurfaizah

Dayang diminta mengulas mengenai kritikan dan kecaman netizen terhadap persembahan duet Misha dan Hael menerusi lagu Rewrite The Star di AME2019 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dayang yang bergandingan dengan Hael menerusi lagu duet berjudul Haram turut memenangi kategori Grup/Duo MeleTOP di AME 2019.

Kata Dayang, dia sendiri juga pernah melalui situasi yang sama di mana perlu berhadapan dengan masalah teknikal ketika sedang membuat persembahan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lan Pet Pet & Pak Ya Kini Bermaafan

Di Matamu Nyanyian Sufian Suhaimi Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records