in ,

Diramal Menang di AJL33, Dayang Nurfaizah Mendominasi SFMM33

Wah! Belum apa-apa lagi netizen sudah meramalkan lagu nyanyian Dayang Nurfaizah akan berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu. Apa tidaknya, tiga buah lagu nyanyian Dayang Nurfaizah berjaya untuk bertarung di pentas separuh akhir.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Dayang Nurfaizah yang mendominasi pencalonan Separuh Akhir Muzik-Muzik 33 (SFMM33) apabila tiga lagu nyanyiannya berjaya melangkah ke pertandingan berprestij itu.

Tiga lagu tersebut ialah Dia, Layarlah Kembali dan lagu Haram nyanyian duet dengan Hael Husaini.

Persaingan Dayang Nurfaizah di SFMM33

Selain Dayang, Haqiem Rusli, Hael Husaini dan Khai Bahar turut mara dengan dua lagu nyanyian mereka.

SFMM33 mempertaruhkan 30 buah lagu yang akan disenarai pendek menjadi 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).

Bakal bersiaran selama tigu minggu berturut-turut bermula 9,16 dan 23 November ini (Jumaat), jam 9 malam, SFMM33 akan dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hot FM.

30 lagu yang terpilih ini adalah hasil undian peminat di carta Muzik-Muzik 33 yang bersiaran pada setiap Isnin, jam 11 malam.

Senarai lagu minggu pertama (9 November):

1. Sufian Suhaimi lagu Di Matamu ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen.

2. Qody lagu Dia ciptaan Ippo Hafiz.

3. Ariff Bahran lagu Kata Akhirmu ciptaan Rudy Kasmaran, Jimmy Asmara, Sang Hitam.

4. Alif Satar lagu Sesungguhnya Aku ciptaan Faizal Tahir, Romeo, Mike Chan, Ezra Kong.

5. Kugiran Masdo lagu Bercanda Di Malam Indah ciptaan Ali Sariah.

6. Liza Hanim lagu Mimpi ciptaan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya.

7. Dewi Seriestha lagu Seindah Berdua ciptaan sepenuhnya oleh Dewi Seriestha.

8. Dayang Nurfaizah lagu Dia ciptaan Omar K, Ezra Kong, Hael Husaini.

9. Siti Sarah lagu Semakin ciptaan sepenuhnya Mera Utama.

10. Amylea dan Kaer Azami lagu Tak Pernah Hilang ciptaan Farouk Roman dan Amylea.

11. Ben Ladin lagu Hikayat Benladin ciptaan Dedeq dan Malique.

Senarai lagu minggu kedua (16 November):

12. Altimet lagu Bunga ciptaan Omar K, John Jeevasingam dan Altimet.

13. Khai Bahar lagu Luluh ciptaan sepenuhnya oleh Khai Bahar.

14. Khai Bahar dan Fatin Husna lagu Rahsia Kita ciptaan Harris Yusoff dan Jim Bimasakti.

15. Akim & The Majistret lagu Stereotype ciptaan Laq dan Hang Nadim.

16. Aman Aziz lagu Sulit ciptaan Asfan Shah dan Fedtri Yahya.

17. Ara Johari lagu Bunga ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok.

18. Shiha Zikir lagu Jagakan Dia ciptaan Ippo Hafiz.

19. Hael Husaini & Dayang Nurfaizah lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

20. Ismail Izzani lagu Demi Kita ciptaan Omar K, Ezra Kong dan Adib Hamdi dan Ismail Izzani.

21. Stacy lagu Cakap Ke Tangan ciptaan Hang Nadim dan Laq.

22. Syamel lagu Kau Pun Sama ciptaan Syamel dan Kidd Santhe.

Senarai lagu minggu ketiga (23 November):

23. Haqiem Rusli lagu Selamat Tinggal Sayang ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu.

24. Haqiem Ruslu ft Aman RA lagu Jatuh Bangun ciptaan Haqiem Rusli, Omar K, Ikhwan Fattana dan Aman RA.

25. Hael Husaini lagu Hajat ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.

26. Dayang Nurfaizah lagu Layarlah Kembali ciptaam Aubrey Suwito dan Ad Samad.

27. Siti Nordiana & Jaclyn Victor lagu Nisan Cinta ciptaan Hael Husaini, Ezra Kong dan Mike Chan.

28. Wany Hasrita lagu Rintihan Rindu ciptaan Ibnu dan Gouffran.

29. One Avenue Band lagu Kisah Antara Kita ciptaan Reyhan.

30. Misha Omar lagu Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fakta Menarik Tentang Travelog DESTINASIA

Rossa Kini Bergelar Datuk Seri