in

Dayana, Azzam, Arill dalam Drama Misteri Rumah Tua

IGAUAN MIMPI DALAM MISTERI RUMAH TUA

Setelah selesai rancangan reailti hiburan kanak-kanak Idola Kecil 2, kini muncul mereka telah memanjangkan lagi bakat nyanyian mereka kepada bakat lakonan menerusi drama bersiri Idola Kecil Misteri Rumah Tua. Drama bersiri ini akan dibintang oleh adik-adik Idola Kecil 2 seperti Dayana (Siti Amirah Dayana Bt. Mohd Amerullah), Azzam (Muhammad Azzammuddin B. Lop Hisham), Arill (Muhamad Fhazrill B. Fesol), Maulud (Mohd Farid B. Mohd Azmi), Ain (Zur’Ain Bt Abd Rahim), Fienaz (Syafienaz Shari), Tasha (Nurul Natasha Bt. Jaffri), Nurul (Nurul Ain Sollehah) dan Jiha (Noranajihah Yunus) dan Sam (Khor Bin Sam).

Misteri Rumah Tua akan memulakan penggambarannya di sekitar Hulu Pangsun, Hulu Selangor sepanjang cuti sekolah sempena sambutan Hari Raya Cina iaitu bermula hari ini, 12 hingga 21 Februari 2010. Drama bersiri yang merangkumi tiga episod ini akan disiarkan di TV9 pada cuti sekolah iaitu 15, 16 dan 17 Februari 2010 jam 7.00 malam.

Adik-adik Idola Kecil 2 ini juga akan bergandingan dengan pelakon berpengalaman seperti Illya (Senario) yang melakonkan watak sebagai bapa tiri Dayana dan Arill serta Fizz Fairuz sebagai bapa kepada Azzam. Kisah ini bermula apabila Azzam yang baru kematian ibu sentiasa mengalami mimpi ngeri yang penuh misteri di mana di dalam mimpi itu Azzam sering bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan berpakaian gaun putih. Kanak-kanak tersebut yang dilakonkan oleh Dayana seolah-olah mengajak Azzam ke suatu tempat seperti ingin menunjukkan sesuatu. Azzam menceritakan mimpi ngerinya kepada bapanya tetapi atas nasihat doktor, bapanya telah membawa Azzam pulang berehat di kampung kerana menyangka Azzam berada di dalam keadaan trauma kerana kematian ibu kesayangan.

Azzam ingin membuktikan bahawa itu semua tidak benar. Ketika pulang ke kampung, dia melihat sebuah rumah usang yang sering muncul di dalam mimpinya. Azzam dengan bantuan sepupu dan rakan-rakan, nekad untuk menyiasat rumah misteri yang sentiasa muncul di dalam mimpinya. Apabila tiba di rumah tersebut, mereka dapati rumah itu didiami oleh seorang lelaki yang tidak pernah bercampur dengan jiran tetangganya.

Sikap ingin tahu Azzam berlipat ganda apabila dia melihat kelibat seorang budak perempuan di hadapan rumah itu yang seakan-akan budak di dalam mimpinya. Misteri mimpinya bertambah apabila budak perempuan di dalam mimpinya itu menangis dan meminta Azzam menyelamatkannya. Dengan ditemani sepupunya, Azzam berjaya memasuki rumah itu dan telah bertemu dengan Arill, seorang budak lelaki yang kurus yang diikat dan dikurung.

Segala teka-teki telah terjawab apabila Arill memberitahu ayah tirinya (Illya Senario) yang mengalami sakit jiwa telah mendera dia dan kakaknya, Dayana, setelah kematian ibu mereka. Situasi menjadi semakin cemas apabila lelaki kurang siuman itu menangkap dan turut mengurung Azzam di dalam rumah itu. Apakah kesudahan drama menarik ini? Sampai bilakah roh Dayana akan terus menghantui Azzam?

Untuk mengetahui kisahn lanjut, jangan lupa untuk menontonnya pada 15, 16 dan 17 Mac 2010 (Isnin, Selasa dan Rabu) nanti. Pastinya peminat setia Idola Kecil 2 akan terpaku melihat gelagat dan telatah adik-adik kecil yang bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah dalam lakonan juga.

Misteri Rumah Tua di bawah pengarahan Zafran Aziz dan penerbitan eksekutif Kamarul Zamli Ramly diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd untuk TV9.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

My Name is Earl di ntv7

IZ OIAM Sibuk Promosi Filem The Successor: The Successor: Private & Confidential