in

David Teo: Personaliti Dunia Hiburan 2007

Untuk tahun 2007, industri hiburan tanahair seharusnya berbangga memiliki personaliti seperti beliau. Beliau cukup dikenali sebagai produser berani mati. Jika dalam era kegemilangan filem Melayu di Jalan Ampas, adik beradik Shaw’s merupakan mereka yang berjaya mengangkat martabat filem Melayu, maka tidak mustahil, era kegemilangan filem Melayu akan berulang kembali di atas hasil usaha beliau.

Beliau sememangnya cukup berani sehinggakan bercita-cita melahirkan 10 orang pengarah muda baru dalam tempoh yang singkat. Pencapaian yang cukup dibanggakan, apabila filem “Jangan Pandang Belakang” mendapat kutipan yang cukup membanggakan. Beliau memang tidak pernah memandang ke belakang lagi.

Selain bidang hiburan, beliau juga bertekad untuk membuka rangkaian restoran makanan terbaik asia melalui pembukaan cawangan Restoran Lemon. Beliau bercita-cita membuka 20 buah rangkaian restoran berkenaan dalam tempoh dua tahun.

Personaliti dunia hiburan untuk tahun 2007 ialah pengarah berani mati iaitu “David Teo“.

David Teo juga berlakon di dalam filem Kala Malam Bulan Mengambang sebagai tauke hotel yang suka isap ganja… dan dialognya tiada lain..“Mahu massage ka?”

[tags]jln ampas, shaw brothers, bangunan klcc, uoa, picc, putrajaya, cyberjaya, Rosyam Nor, Umie Aida, Avaa Vanja, Corinne Adrienne, Farid Kamil, Bront Palarae, Sofi Jikan, Adam Corrie, david teo, filem webcam[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ujibakat GangStarz Musim Kedua Kembali Lagi

Joe Flizzow