in

David Teo Mahu Kongsi Petua, Tips Promosi & Rezeki

Penerbit, pengarah dan pelakon ‘berani mati’, David Teo berharap dia dapat berkongsi tips, petua dan rezeki yang diterimanya dengan menghasilkan filem serta drama dengan mereka yang terlibat dalam industri hiburan di sini. Rasanya banyak petua marketing, tips promosi dan cara untuk pemasaran filem menjadi resepi untuk berjaya dari David Teo.

Beliau berharap dengan penghasilan drama serta filem yang cukup bermutu akan meningkatkan tahap pemasaran sesuatu produk maka membolehkan produk itu dijual bukan sahaja di dalam negara bahkan di negara luar, dan pulangan dari keuntungan tersebut, dapatlah dirasai mereka yang terbabit dengan industri ini. David Teo berucap ketika perasmian terbitan drama pertama Metrowealth, iaitu “Intan Asmara” yang bakal ditayangkan di slot Samarinda, TV3.

Selain daripada itu, David Teo juga sempat berpesan kepada pengiat seni terutamanya pelakon-pelakon supaya “tidak besar kepala” dan hendaklah melakukan sesuatu kerja itu dengan jujur dan baik. Beliau menambah, ada sesetengah artis yang cukup takut apabila menerima anugerah, kerana pihak produksi takut mengambil mereka untuk projek seterusnya disebabkan ada sesetengah artis yang mula ‘besar kepala’ apabila menerima anugerah tersebut.

Untuk tahun 2008, Metrowealth dijangka akan menerbitkan lima hingga lapan filem untuk memastikan kegiatan industri hiburan cukup meriah. Beliau juga mengatakan, jika dulu dunia perfileman agak suram sementara industri rakaman agak rancak, tetapi masa kini, senario itu telah berubah di mana industri perfileman menghasilkan berpuluh-puluh filem sepanjang tahun sementara industri rakaman masih bergelut dengan berbagai masalah.

Untuk rekod, pada tahun 2008, Metrowealth akan menerbitkan 26 episod, Bulan The Series, 26 episod, Jangan Main Belakang, serta dalam perancangan menghasilkan filem Rempit 2, Jangan Pandang Belakang 2 dan Senario 1 sementara beberapa buah filem seperti Congkak, Brainscan, I’m Not Single sedang menantikan tarikh tayangan.

[tags]Congkak, Brainscan, I’m Not Single, trailer, filem comolot, download, movie gay malaysia, mainstream media, windows media player download, media porn, advertising media, media agency, mass media[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dramatari Raja Bersiong di Dewan Filharmonik Petronas

Photo Siti Nurhaliza Bertudung Alaf Baru Hadhari