in

David Correy & Artis Malaysia Nyanyi Lagu Tema Piala Dunia

Menjelang kejohanan bola sepak terbesar di dunia yang dijadualkan untuk diadakan beberapa bulan lagi, ritma Brazil kian bergema kuat dengan berita tiga artis tempatan yang telah dijemput untuk mewakili tanah air kita dalam persembahan lagu tema Coca-Cola untuk kempen Piala Dunia 2014, “The World Is Ours”.

Ajai, pemenang anugerah Juara Lagu dan penyanyi popular; Soo Wincci, bekas Ratu Malaysia yang juga seorang penyanyi popular; dan pemuzik handal, Mista G, akan bergabung dengan finalis rancangan realiti X-Factor, David Correy dalam mendendangkan lagu tersebut.

DAVID CORREY 4

Artis Tempatan Tambah ‘Perisa’ Versi Malaysia kepada Lagu Piala Dunia Coca-Cola “The World Is Ours” Bersama David Correy

“The World is Ours” menggunakan vokal pop Correy yang bertenaga dan bernada tinggi dengan adunan ritma samba, baile funk, hip-hop dan technobraga dalam suatu irama unik ala Brazil kepada peminat bola sepak serta pencinta muzik di seluruh dunia. Kebanyakan orang di luar Brazil, terutamanya golongan muda, tidak berapa kenal akan muzik asli negara itu oleh sebab ia tidak termasuk dalam aliran utama kontemporari. Kini, dengan gandingan suara artis tempatan dalam lagu tema yang bermakna ini, mesej kesatuan pelbagai budaya dapat dimantapkan lagi melalui kejohanan Piala Dunia tahun ini,” kata Pengurus Kumpulan untuk Komunikasi Pemasaran Bersepadu Serantau dan Pengaktifan Coca-Cola di Malaysia, Singapura dan Brunei, Lim Yvette.

“Kini, peminat setia kejohanan bola sepak Piala Dunia disarankan untuk ‘Makan Bola, Tidur Bola dan Minum Coca-Cola’ sambil menikmati kehebatan lagu “The World Is Ours,” tambah Lim.

David Correy berasal daripada kawasan favelas di Brazil yang agak mundur. Nasibnya kian berubah cerah apabila dipilih sebagai finalis X-Factor dan seterusnya dilantik untuk menyampaikan lagu tema Coca-Cola dalam kempen Piala Dunia.

Keistimewaan suara, kisah hidup dan sikap optimisnya telah memikat hati para juri dan penonton X-Factor di Amerika Syarikat pada tahun 2012.

Dalam satu episod rancangan uji bakat realiti itu, Correy pernah menyuarakan hasrat untuk dipertemukan dengan ibu kandungnya yang terpisah. Melalui bantuan daripada akhbar Brazil, akhirnya beliau dapat berjumpa dengannya.

Correy teruja dengan pelantikannya sebagai duta lagu tema Coca-Cola, “Tawaran untuk bekerjasama dengan Coca-Cola adalah satu penghormatan yang luar biasa bagi saya dan saya pasti akan menjunjung wawasannya. Dalam hidup saya setakat ini, saya amat bersyukur kerana dapat mengecapi dua impian: dipertemukan dengan ibu kandung saya dan mendapat kontrak rakaman dengan Coca-Cola,” ujar Correy.

Mengikut Correy, beliau amat terharu apabila mendengar lagu “The World Is Ours” buat kali pertamanya. “Dua baris pertama liriknya – ‘Run like you’re born to fly, Live like you’ll never die’ – mentakrifkan prinsip saya dalam menghadapi sebarang cabaran yang bakal mendatang. Segala isi hati saya seolah-olah dilafazkan dalam lirik lagu ini dan saya percaya semua orang dapat merasai suka duka kehidupan yang pernah saya alami melalui lagu ini.”

Penyanyi berusia 27 tahun ini juga berkata, “Saya dibesarkan untuk menerima kepelbagaian dalam hidup. Oleh itu, saya amat teruja dengan lagu yang dapat memuaskan cita rasa semua budaya di dunia ini. Saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan artis-artis lain untuk membawa mesej yang amat bermakna dalam lagu ini kepada para peminat kami.”

Mengikut Lim Yvette, “Muzik yang disampaikan dalam beberapa kejohanan sukan anjuran kami seperti FIFA dan Olimpik, menampilkan artis yang benar-benar berbakat seperti David untuk mencerminkan jenama Coca-Cola yang optimis dan positif. Kami yakin kisah hidup David merupakan sebuah inspirasi kepada warga Malaysia, terutamanya golongan belia yang mempunyai inspirasi tinggi dan berkeyakinan untuk mencapai impian masing-masing.”

Dengan bangganya, tiga artis terkenal di tanah air kita telah dipilih untuk menyumbangkan lagu “The World Is Ours” versi Malaysia. Mereka ialah:

Ajai
Album Hafiz Suip yang memenangi Anugerah Album Terbaik AIM 2013 diterbitkan oleh Ajai. Beliau juga merupakan penggubal lagu ‘Hati Ini Telah di Lukai’ yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Kris Dayanti. Single terbarunya ‘Aduh’ telah mencecah satu juta tontonan di Youtube. Buat julung kalinya, Ajai muncul di layar perak dalam filem ‘Tokan’. Ajai juga merupakan hos rancangan TV ‘Jemput Masuk CEF’.

Soo Wincci
Bukan sahaja Soo pernah ditabalkan sebagai Ratu Cantik Malaysia, beliau juga adalah seorang penyanyi, chef, model, hos TV, DJ radio yang terkenal di negara ini. Albumnya yang bertajuk ‘Happiness’ mendapat sambutan yang amat baik di Taiwan. Singlenya ‘I’ll Be Alright’ juga amat berjaya di Taiwan dan Malaysia. Album Melayu pertamanya bersama Joe Flizzow ‘Terus Teranglah’ diterbitkan pada tahun 2012.

Mista G
Penyanyi dan penggubal lagu, Kunalan Gunaseelan, yang lebih dikenali sebagai Mista G, merupakan artis Tamil tempatan yang telah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa. Beliau terkenal dengan lagu ‘Madal Thiranthu’ yang mendominasikan carta muzik Malaysia dan luar negara pada tahun 2004. Album baru beliau, ‘Arpanam-The Final Cut’ meraih 20,000 lebih jualan. Mista G telah bekerjasama dengan penyanyi veteran, Dato’ David Arumugam daripada kumpulan AlleyCats untuk lagu “Kathaley” dan dengan penyanyi rap Rabbit Mac dalam single “Symphony Nilave”. Beliau berjaya merangkul beberapa pencalonan dalam Anugerah AIM-India Malaysia 2013.

Pada bulan Januari sempena FIFA World Cup™ Trophy Tour oleh Coca-Cola, rakyat Malaysia telahpun merasai demam Piala Dunia FIFA™ pada peringkat awal. Buat kali pertamanya, lebih 10,000 pengunjung berpeluang melihat Piala Dunia FIFA™ yang sebenar. Kini, peluang untuk ‘makan bola, tidur bola dan minum Coca-Cola’ akan diteruskan dengan adanya promosi besar-besaran barangan bola sepak FIFA World Cup tidak lama lagi.
“Keghairahan peminat terhadap bola sepak di seluruh dunia disokong kuat oleh pihak Coca-Cola. Melalui kerjasama dengan FIFA, kami ingin mempromosikan permainan bola sepak yang berupaya menyatukan kita semua sambil menggalakkan mereka supaya hidup lebih aktif. Sementara mengajak peminat untuk meraikan kejohanan Piala Dunia, kami juga ingin memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam apa jua yang diceburi serta menggalakkan amalan hidup aktif dan sihat,” tambah Lim.

“Bola sepak merupakan sukan untuk semua orang dan Coca-Cola ingin menyemarakkan semangat kesukanan dalam usaha berterusan kami menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat Malaysia. Kami ingin mereka mencari keseimbangan “kalori masuk” dan “kalori keluar” demi mengecapi taraf kecergasan serta kesihatan yang menyeluruh. Kami juga menggalakkan para pelajar universiti untuk berbasikal di kampus dan bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia untuk mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan warga Malaysia.”

Soo Wincci_1

Ajai_1

Mista G_1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Enggan Pindah ke KLIA 2

Media Prima Tunda Jom Heboh & Tukar Program TV